- -20%
SPSS: Prinsip dan Analisis Dalam Sains Tingkah Laku, cetakan ke-5
Author: Chua Bee Seok, Ferlis Bullare @ Hj. Bahari, Jasmine Adela Mutang
Year Published: 2016
ISBN: 978-967-0521-17-6
Buku ini diterbitkan bertujuan memberi panduan tentang analisis data menggunakan Program SPSS for Windows kepada ahli sains sosial, ahli akademik, penyelidik, pelajar dan lain-lain golongan profesional yang berkaitan
Buku ini diterbitkan bertujuan memberi panduan tentang analisis data menggunakan Program SPSS for Windows kepada ahli sains sosial, ahli akademik, penyelidik, pelajar dan lain-lain golongan profesional yang berkaitan. Buku ini menyediakan panduan penggunaan Program SPSS langkah demi langkah yang ringkas, mudah diikuti dan difahami.
Dalam setiap bab mahupun teknik analisis, contoh persoalan atau permasalahan kajian disertakan. Pembaca juga diberi panduan dalam membaca, mentafsir dan melaporkan keputusan analisis mengikut format penulisan American Psychological Association (APA). Dalam dua bab permulaan, pembaca diperkenalkan dengan ciri dan teknik yang terdapat dalam Program SPSS for Windows. Dalam bab tersebut, pembaca akan belajar cara untuk menyediakan fail data, membuat penyaringan dan memindahkan data.
Dalam bab yang seterusnya, pembaca diperkenalkan dengan cara analisis data daripada pelbagai teknik analisis statistik yang disusun daripada teknik analisis deskriptif, inferensi korelasi kepada multivariat. Buku ini sesuai digunakan dalam pelbagai bidang seperti Psikologi, Sains Sosial, Ekonomi, Kesihatan dan Geografi.
Data sheet
- Height
- 23 cm
- Width
- 19 cm
- Depth
- 1.2 cm
- Weight
- 0.4 kg
- Year
- 2016
Specific References
16 other products in the category
Psikologi Masyarakat Borneo...
Buku ini adalah merupakan hasil penyelidikan dalam tempoh pandemik dalam pelbagai disiplin...
- -20%
Belia Berisiko
Buku ini mengulas setiap isu dan masalah belia dan bagaimana setiap masalah ini boleh membawa...
- -20%