Proses Pembaratan Dalam Daulah Islamiyyah 1789-1876

Author: Mohd. Shauki Mohd. Radzi
Year Published: 2012
ISBN: 978-967-5224-61-4

Daulah (Empayar) Uthmaniyyah merupakan kerajaan Islam pertama yang mengambil idea-idea pembaratan secara komprehensif. Hal ini jelas sekali berlaku apabila Sultan Salim III (1789-1807) telah mengambil langkah drastik mengadaptasi idea-idea kebangkitan rakyat Eropah khususnya dalam Revolusi Perancis bagi mengembalikan ...

More details

UP00004

51 Items in stock

RM45.00

Daulah (Empayar) Uthmaniyyah merupakan kerajaan Islam pertama yang mengambil idea-idea pembaratan secara komprehensif. Hal ini jelas sekali berlaku apabila Sultan Salim III (1789-1807) telah mengambil langkah drastik mengadaptasi idea-idea kebangkitan rakyat Eropah khususnya dalam Revolusi Perancis bagi mengembalikan kegemilangan Daulah Uthmaniyyah di era kemerosotannya.

Pelaksanaan ini diteruskan pada era pemerintahan berikutnya sehingga pada zaman Tanzimat diera Sultan Abd al-Majid dan Sultan Abd al-Aziz yang berakhir pada tahun 1876. Bernard Lewis dalam bukunya The Emergence of Modern Turkey menjelaskan bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah umat Islam menyaksikan kemasukan idea-idea Barat secara meluas dan menyeluruh melanda dunia dan umat Islam yang selama ini dipisahkan oleh tembok peperangan, iaitu apa yang dilaksanakan oleh para pemimpin Uthmaniyyah yang begitu terpengaruh dengan idea-idea Revolusi Perancis.

Situasi ini memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam keseluruhannya sama ada positif mahupun negatif. Malah, terdapat sarjana yang menyatakan bahawa pembaratan yang dilaksanakan ini merupakan batu asas kepada fahaman sekular Barat dalam Daulah Uthmaniyyah sehingga tertubuhnya Republik Moden Turki yang berasaskan sistem sekular pada tahun 1924.

 

[ Sila rujuk PRELIM untuk maklumat lanjut ]

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 1 cm
  • Weight .320 kg