Prosedur Pengurusan Produksi Teater, cetakan ke-2

Author: Andika Aziz Hussin
Year Published: 2014
ISBN: 978-967-5224-04-1

 Penghasilan sebuah produksi teater yang baik dan berkesan tidak terletak di bahu sutradara semata-mata, sebaliknya turut melibatkan peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan produksi yang lain.

 

 

More details

UP00111

19 Items in stock

On sale On sale!

-50%

RM15.00

RM30.00

 Penghasilan sebuah produksi teater yang baik dan berkesan tidak terletak di bahu sutradara semata-mata, sebaliknya turut melibatkan peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan produksi yang lain.

Dalam konteks sebuah produksi teater amatur, sutradara memegang tanggungjawab yang terlalu penting mencakupi pelbagai tugasan hinggakan pertindanan tugas sering kali berlaku. Kekurangan bahan-bahan rujukan tentang pengurusan pentas berbahasa Melayu merupakan antara masalah yang menjadi punca kekeliruan dan ketidaksempurnaan  tugas.

Oleh itu, buku ini ditulis khas untuk mereka yang berminat menyelaras dan menyediakan produksi teater yang melibatkan pengurusan sebuah panggung dan persembahan secara langsung. Kupasan umumnya menyentuh beberapa aspek amali yang patut difahami oleh kebanyakan kumpulan produksi, iaitu tentang peranan dan fungsi apabila melaksanakan produksi. Diharapkan buku ini akan dapat membantu melancarkan lagi proses dan perjalanan sesebuah produksi yang dipentaskan, sekali gus menjadikan pengurusan organisasi lebih tersusun.

 

  • Height 26 cm
  • Width 18 cm
  • Depth 1.0 cm
  • Weight 0.35kg
  • Year 2014