Struktur Adat Kematian Menyingkap Pandangan Alam dan Kosmologi Masyarakat Bajau

Author: Halina Sendera Mohd. Yakin

Year Published: 2018

ISBN: 978-967-2166-20-7

 

 


 

 

More details

UP00158

30 Items in stock

On sale On sale!

-20%

RM40.00

RM50.00

Usaha meneroka pandangan alam dan kosmologi sesebuah masyarakat bukanlah suatu tugas yang mudah. Bersumberkan struktur adat dan ritual serta semiotik simbol kematian, penulis cuba merepresentasikan aspek berkenaan secara berperingkat dan bertema, bermula dengan wacana berhubung makna kematian dari beberapa sudut pendekatan dan sosiobudaya manusia Bajau.

Epistemologi berkenaan kosmologi Bajau, yakni pengelasan dan pengkategorian dalam kosmos telah dijelaskan berdasarkan dua aspek yang saling berkaitan, iaitu aspek kebergantungan dan superioriti atau kuasa. Di samping itu,  pandangan alam Bajau bersumberkan ritual kematian yang tampaknya didominasi oleh kepercayaan terhadap makhluk supernatural dan sistem strata atau hierarki sosial turut dibincangkan dari pelbagai aspek.

Pendek kata, dalam abad ke-21 ini, perilaku budaya dalam adat dan ritual kematian memperlihatkan bahawa pandangan alam dan kosmologi Bajau seolah-olah berunsur sinkretisme, iaitu penyesuaian dan pembauran antara kepercayaan tradisional dan baharu. Namun, tidak mustahil perubahan akan berlaku dengan lebih drastik pada abad mendatang kerana proses pemurnian Islam masih berterusan. Amalan dan ritual tradisional dalam adat kematian Bajau masih terus bertahan sehingga kini kerana makna serta fungsinya masih diperlukan. Penulis berharap agar karya yang asalnya bersifat akademik dan telah diolah agar bersifat lebih umum ini (tanpa menjejaskan sebahagian besar unsur akademiknya) mampu memberi sumbangan signifikan dalam memprolifikkan kajian-kajian berhubung budaya masyarakat peribumi di Sabah, khususnya masyarakat Bajau.

Selain daripada menambahkan koleksi dan dokumentasi berhubung masyarakat Bajau yang tidak begitu banyak di pasaran, penerbitan buku ini juga diharapkan mampu memberi informasi berguna kepada masyarakat umum terutamanya generasi muda Bajau tentang warisan budaya tradisi agar mereka celik budaya dan mengetahui akar mereka sebelum terhapus begitu sahaja ditelan arus pemodenan dan globalisasi yang melanda dunia.

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 1.0 cm
  • Weight 0.3 kg
  • Year 2018