Kebahagiaan Dari Perspektif Orang Kurang Upaya

Author: Muhammad Idris Bullare@ Bahari

Year Published: 2019

ISBN: 978-967-2166-49-8

 

More details

UP00178

30 Items in stock

On sale On sale!

-20%

RM36.00

RM45.00

Memiliki dan merasai kebahagiaan adalah hak milik setiap insan. Bahagia tidak terhad kepada individu yang tertentu sahaja sebaliknya merangkumi semua peringkat umur dari kecil hingga dewasa termasuk golongan Orang Kurang Upaya. Buku Kebahagiaan dari Perspektif Orang Kurang Upaya ini mengandungi falsafah kebahagiaan, teori kebahagiaan dan juga kebahagiaan dari sudut Orang Kurang Upaya-Fizikal (OKU-F). Terdapat enam dimensi kebahagiaan OKU-F iaitu kepuasan, penerimaan dan penghargaan, makna hidup, emosi, kerohanian dan pemikiran positif. Keenam-enam dimensi ini diibaratkan sebagai aspek dalaman (internal) OKU-F, manakala sumber kebahagiaan pula dianggap sebagai aspek luaran (external) yang mempengaruhi kebahagiaan OKU-F. Lapan sumber kebahagiaan yang mempengaruhi kebahagiaan OKU-F ialah sokongan, interaksi sosial, peralatan, kebolehaksesan, kesaksamaan, kebebasan, pencapaian dan kesihatan fizikal.

Buku ini sangat berguna kepada individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung terhadap golongan OKU agar mereka dapat memahami dengan lebih mendalam keperluan dan kehendak OKU khususnya OKU-F. Buku ini juga bermanfaat kepada pembaca umum yang ingin melihat sendiri kehidupan OKU-F daripada kaca mata penulis dan seterusnya menggerakkan hati dan minda sesiapa sahaja agar lebih peka dan cakna tentang kehadiran golongan ini dalam masyarakat.

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 1.1 cm
  • Weight 0.35 kg
  • Year 2019