Air dan Kemandirian Pulau: Menyelami Nadi Alam Yang Tersirat, cetakan ke-2

Author:  Mohd. Harun Abdullah
Year Published: 2014
ISBN: 978-967-5224-9-42

Pulau memerlukan air tawar untuk menampung semua kehidupan di atas permukaan dan seluruh ekosistemnya. Hal ini menunjukkan pentingnya kewujudan air di dalam sistem pulau sehingga air boleh diibaratkan seperti nadi yang menentukan kemandirian sesebuah pulau.

More details

UP00008

15 Items in stock

On sale On sale!

-50%

RM12.50

RM25.00


Pulau memerlukan air tawar untuk menampung semua kehidupan di atas permukaan dan seluruh ekosistemnya. Hal ini menunjukkan pentingnya kewujudan air di dalam sistem pulau sehingga air boleh diibaratkan seperti nadi yang menentukan kemandirian sesebuah pulau.

Sama ada pada kualiti mahupun kuantiti air, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam hal tersebut dan juga dalam aspek kelangsungan sumber air tawar pulau. Buku ini memperkenalkan suatu istilah, eilandhydrology yang boleh diguna bagi menerangkan suatu kajian yang mempelajari taburan, pergerakan dan sifat air dalam ekosistem pulau bersaiz kecil secara saintifik. Kandungan buku ini dimulakan dengan memperkenalkan sifat dan keistimewaan air dan seterusnya menerangkan peranan-peranan sumber tersebut khususnya air bawah tanah di dalam ekosistem pulau.

Pulau sebagai suatu formasi geologi, boleh diklasifikasikan umpamanya berdasarkan saiz pulau, geologi pulau dan topografi pulau. Kuantiti sumber air tawar khususnya air bawah tanah di pulau adalah terhad dan lazimnya mudah terdedah kepada ancaman seperti pencemaran dan ketidakimbangan sistem hidrologinya.

Daya penarik yang tinggi dan kegiatan pelancongan yang rancak telah menjadikan pulau tropika Malaysia sebagai destinasi pelancong dari dalam dan luar negara. Sektor ini merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru itu, sekiranya pembangunan pelancongan di pulau-pulau tidak diurus secara teratur dan bijaksana, maka ancaman terhadap alam sekitar pulau berkenaan boleh terjadi.

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 0.6 cm
  • Weight 0.16 kg
  • Year 2014