Buruh Kanak-kanak di Sabah

Author: Dzurizah Ibrahim, Jalihah Md. Shah
Year Published: 2014
ISBN: 978-967-0521-34-3

 Buku ini memaparkan sorotan isu, cabaran dan permasalahan kanak-kanak yang bekerja di Sabah. Karya ini berusaha untuk menyelongkar kehidupan buruh kanak-kanak dengan meneroka senario kehidupan mereka demi memberikan pemahaman tentang kewujudan buruh kanak-kanak.

 

 

More details

UP00110

10 Items in stock

On sale On sale!

-50%

RM25.00

RM50.00

 Buku ini memaparkan sorotan isu, cabaran dan permasalahan kanak-kanak yang bekerja di Sabah. Karya ini berusaha untuk menyelongkar kehidupan buruh kanak-kanak dengan meneroka senario kehidupan mereka demi memberikan pemahaman tentang kewujudan buruh kanak-kanak, khususnya apabila kajian turut menyaksikan penglibatan kanak-kanak warga asing.

Bagi memastikan pemahaman yang jitu dalam mengenali siapa yang dimaksudkan dengan buruh kanak-kanak, buku ini mengupas takrif buruh kanak-kanak dari segi konseptual yang mengambil kira pendekatan berorientasikan subjek dan takrif menurut perundangan. Turut dirungkai ialah permasalahan buruh kanak-kanak dengan mengambil kira faktor-faktor sosioekonomi yang menjadi asbab penglibatan mereka dalam dunia pekerjaan.

Di samping itu, buku ini turut mendebatkan dilema dalam menangani buruh kanak-kanak ini yang melibatkan antara tuntutan kemanusiaan, pembangunan bandar serta kesampaian pendidikan yang dilihat sebagai satu cabaran. Selain itu, buku ini juga memperlihatkan bagaimana penglibatan kanak-kanak dalam dunia pekerjaan sememangnya merentasi gender dan ruang. Kemudian, sejauhmana penglibatan buruh kanak-kanak mengalami senario pertembungan yang menjadikan mereka sebagai aset atau liabiliti kepada masyarakat setempat dan negara turut dibahaskan.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan akademik kepada ahli akademik yang mendalami isu buruh kanak-kanak di Sabah, penggubal polisi, pengamal sumber manusia, para pelajar institusi pengajian tinggi serta individu yang berminat dalam perbincangan berhubung isu buruh kanak-kanak di negeri Sabah.

 

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 1.2 cm
  • Weight 0.32kg
  • Year 2014