Nasionalisme, Etnisiti Dan Komuniti Sempadan Negeri Sabah

Author: Zaini Othman, Ismail Ali, Kntayya Mariappan
Year Published: 2010
ISSN: 1823-1055

Monograf ini merupakan sebahagian dari hasil kajian selama dua tahun iaitu pada tahun 2005 dan 2006 oleh sekumpulan penyelidik di Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah  dari pelbagai bidang.

More details

UP00092

10 Items in stock

On sale On sale!

-50%

RM12.50

RM25.00

Monograf ini merupakan sebahagian dari hasil kajian selama dua tahun iaitu pada tahun 2005 dan 2006 oleh sekumpulan penyelidik di Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah  dari pelbagai bidang.

Kajian ini mendapat dana daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui JabaranArkib Negara Malaysia. Bab-bab dalam penulisan ini telah dibentangkan dalam bentuk kertas kerja di Bengkel Kajian Persempadanan di Negeri Sabah secara tertutup pada 6 hingga 7 November 2006 di Memorial Tun Hussein Onn, Arkib Negara, Kuala Lumpur.

Terdapat tiga kertas kerja telah dipilih untuk penerbitan buku ini kerana ia adalah asas kepada kajian persempadanan. Kertas kerja tersebut telah diolah semula dan beberapa fakta telah ditambah bagi memantapkan lagi maklumat berhubung persempadanan di negeri Sabah. Diharapkan penulisan buku ini dapat membantu pentadbir, pembuat dasar dan sarjana ilmuwan untuk mendapatkan serta memahami dengan gambaran asas yang jelas tentang konsep, takrif serta perkiraan dalam menentukan garis fizikal sempadan dan bentuk sempadan kebudayaan awal khususnya bagi negeri ini.

 

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 0.5 cm
  • Weight 0 .13 kg
  • Year 2010