Isun-isun Citra Budaya Bajau

Author: Saidatul Nornis Hj. Mahali
Year Published: 2015
ISBN: 978-967-0521-49-7

Buku ini merupakan sebahagian kecil daripada kehidupan orang-orang Bajau di pantai barat Sabah yang dicerminkan melalui tradisi lisan isun-isun.


 

 

More details

UP00117

50 Items in stock

RM65.00

Manusia ialah makhluk sosial yang memiliki keupayaan berkomunikasi menggunakan bahasa lisan mahupun tulisan. Manusia berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat, sama ada maklumat itu bersifat terkini ataupun berbentuk maklumat warisan masa lalu.

Bagi masyarakat yang tidak mempunyai sistem tulisan, tidak bermakna mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menghasilkan dan merakam pengalaman serta budaya warisan mereka. Proses rakaman dan simpanan khazanah pengalaman budaya itu dilakukan secara lisan, yakni secara laluan lisan yang lebih dikenali sebagai tradisi lisan.

Tradisi lisan dapat didefinisikan sebagai kebiasaan atau adat yang berkembang dalam suatu kelompok masyarakat yang merakam dan mewariskan tradisi berkenaan dari satu generasi ke generasi berikutnya secara lisan. Tradisi lisan mampu menyimpan pelbagai kejadian sejarah, adat istiadat, cerita, dongeng, peribahasa, lagu tradisi, lagu dodoi, mantera, nilai moral, nilai keagamaan serta cerita kehidupan masyarakat pendukung sesebuah tradisi itu.

Justeru, buku ini merupakan sebahagian kecil daripada kehidupan orang-orang Bajau di pantai barat Sabah yang dicerminkan melalui tradisi lisan isun-isun. Edaran waktu dan kepesatan teknologi meragut sebahagian besar daripada kegemilangan tradisi isun-isun. Tradisi ini semakin dilupakan oleh orang-orang khususnya dari kalangan generasi muda. Oleh itu, usaha pendokumentasian isun-isun secara bertulis dengan mengetengahkan perkara-perkara tersirat di dalamnya merupakan satu rintisan awal ke arah usaha penyelidikan tradisi-tradisi lain dalam budaya Bajau khususnya dan tradisi lisan lain di Sabah amnya.

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 1 cm
  • Weight 0.3 kg