Akuakultur Kerapu Hibrid

Author: Rossita Shapawi, Ching Fui Fui, Sitti Raehanah Muhammad Shaleh, Rafidah Othman

Year Published: 2020

ISBN: 978-967-2166-98-6

 

More details

UP00200

20 Items in stock

RM50.00

Penghibridan (kacukan) ikan telah lama dijalankan sejak dahulu lagi yang bertujuan untuk mendapatkan baka baharu yang lebih baik daripada baka induk. Banyak kejayaan telah diraih di seluruh dunia yang melibatkan pelbagai spesies ikan hibrid.  Bagi spesies ikan kerapu, bekalan yang mencukupi hanya dapat dipenuhi dengan adanya sumber selain daripada perikanan tangkapan iaitu sektor akuakultur. Kerapu hibrid (kerapu harimau, Epinephelus fuscoguttatus x kerapu gergasi, E. Lanceolatus ) dihasilkan buat pertama kalinya pada tahun 2006 di Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS).  Hasil daripada kejayaan ini kemudiannya menjadikan spesies ini sebagai salah satu pilihan utama penternak ikan marin di kebanyakan negara Asia Pasifik kerana kadar tumbesarannya yang tinggi dan mempunyai toleransi yang baik terhadap kemudahan penternakan akuakultur. 

Buku ini memberi kefahaman kepada pembaca berkenaan kewajaran penghibridan ikan untuk memenuhi permintaan protein ikan.  Pengetahuan teknikal berkenaan kaedah penghibridan di antara kedua spesies ini menjadi paparan utama dalam buku ini. Di samping itu, percubaan penghibridan pelbagai spesies kerapu lain turut dibincangkan.  Prospek industri kerapu hibrid turut dikupas dengan memberi penekanan tentang keperluan pembangunan akuakultur secara mampan.  Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada para penyelidik, mahasiswa, pengusaha ikan kerapu hibrid dan masyarakat umum.

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 0.80cm
  • Weight 0.30 kg
  • Year 2020