Teknologi Kejuruteraan dan Inovasi Pertanian Pintar Desa

Author: Rosalam Hj. Sarbatly

Year Published: 2020

ISBN: 978-967-2166-70-2

 

More details

UP00204

20 Items in stock

RM65.00

Buku ini memperkenalkan satu konsep baharu pertanian moden dikenali sebagai “Inovasi Pertanian Pintar Desa (IPPD)” yang bertujuan bagi menghasilkan makanan sihat menerusi kunci asas berpandukan hukum syarak “makanan halal lagi baik”. Idea penjenamaan ini adalah bertujuan membantu masyarakat dan kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan baharu yang mampu merancakkan ekonomi desa seterusnya menggalakkan lebih banyak industri kecil dan sederhana berkonsepkan makan sihat menerusi proses penjagaan secara organik dan bebas dari bahan kimia berbahaya serta bersih dan halal dari segi hukum syarak. Kandungan buku ini akan menerangkan dengan jelas bagaimana teknologi kejuruteraan boleh menjadi tunggak penyelesaian kepada masalah sikap masyarakat yang menganggap pertanian sebagai bukan pekerjaan pilihan. Tabiat masyarakat desa yang lebih gemar bekerja sendiri dan tidak berjadual merupakan masalah utama. Menerusi panduan ini ia dijangka akan dapat merubah tabiat ini dan boleh bekerja secara lebih sistematik.

Menerusi IPPD masalah sikap dan gaya hidup ini telah dikenal pasti dan ditangani. Hasilnya, projek ini akan mendedahkan masyarakat kepada teknologi terkini dalam pertanian serta  mengurangkan kebergantungan kepada komitmen manusia. 

Konsep IPPD yang diperkenalkan ini dijangka akan menarik golongan muda terutamanya lepasan siswazah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menceburi bidang pertanian yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 1.0 cm
  • Weight 0.300 kg
  • Year 2020