Pengenalan Kepada Inovasi UMS : Eco-Solar Dryer

Author: Jidon Janaun

Year Published: 2020

ISBN: 978-967-2166-90-0

 

More details

UP00208

20 Items in stock

RM75.00


Pengeringan adalah proses lazim yang dijalankan oleh masyarakat khasnya peniaga. Pelbagai aktiviti harian memerlukan proses pengeringan seperti bahan makanan mahupun hasil-hasil pertanian dan laut. Pengeringan diperlukan untuk membuang kandungan air agar bahan berkenaan boleh digunakan bagi memudahkan kerja-kerja penghantaran dan membolehkannya disimpan lebih lama. Di sebalik kewujudan pelbagai mesin pengering di pasaran, masyarakat, peniaga, mahupun pengusaha industri kecil dan sederhana menggunakan kaedah menjemur secara terbuka di bawah sinaran matahari.

Kaedah ini mudah dan percuma namun mempunyai beberapa kelemahan seperti jaminan tahap kebersihan yang diragui kerana terdedah dengan persekitaran seperti haiwan dan habuk. Teknik ini juga bergantung kepada perubahan cuaca. Perubahan cuaca yang tidak menentu akan menjejaskan kualiti bahan yang dikeringkan. Bagi mengatasi masalah di atas, penulis telah mencipta sebuah mesin pengering solar yang seterusnya dipaparkan dalam buku ini. Inovasi penulis  ini sudah teruji mampu mengatasi kelemahan pengeringan secara terbuka dan memberi nilai tambah kepada produk-produk yang dikeringkan di dalamnya. Buku ini sesuai dibaca oleh peniaga, pelajar, penyelidik dan segenap lapisan masyarakat yang berminat dengan teknologi pengering solar.


  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 0.50cm
  • Weight 0.25 kg
  • Year 2020