Sejarah Pengurusan Kewangan di Borneo Utara 1881-1963

Author: Rasid Mail, Raman Nordin, Md. Saffie Abdul Karim
Year Published: 2014
ISBN: 978-967-0521-44-2

 

 


 

 

More details

UP00141

10 Items in stock

On sale On sale!

-50%

RM42.50

RM85.00

Disiplin pengurusan kewangan dan praktik perakaunan sebagai sebahagian daripada struktur sosial masyarakat telah berkembang pesat, selari dengan perubahan zaman, tekanan persekitaran, perkembangan teknologi dan keperluan masyarakat. Daripada perspektif kritikal dan behavioural kedua-duanya bukan fenomena yang terasing dan terpisah daripada struktur keseluruhan sosioekonomi dan politik masyarakat. 

Malah, kedua-dua disiplin ini saling berinteraksi dengan keadaan sekeliling, sama ada perubahan sosioekonomi dan politik masyarakat mahupun perubahan teknologi, dalam bentuk simbiotik dan saling mempengaruhi. Pemahaman bagaimana disiplin pengurusan kewangan dan praktik perakaunan berubah dan berkembang perlu untuk membolehkan amalan semasa kedua-duanya difahami asal usul, susur galur dan perkaitannya dengan masa lalu. Keperluan ini hanya dapat dipenuhi melalui pendekatan sejarah dengan meneliti peristiwa dan bukti masa lalu, berdasarkan petunjuk yang ada dalam bentuk dokumen arkib, kajian rentas ke atas penelitian sebanding, proses penaakulan berdasarkan rumus teori dan seumpamanya. 

Penjelasan tentang fenomena masa lalu yang berkaitan akan membolehkan amalan semasa pengurusan kewangan dan praktik perakaunan difahami dan lebih dihargai. Sejarah mampu menjelaskan asal usul fenomena semasa, khususnya kepada generasi baharu yang perlu memahami jati diri dan menghargai sumbangan masyarakat masa lalu. Buku ini menawarkan penjelasan berkenaan masa lampau berhubung amalan pengurusan kewangan dan praktik perakaunan di Borneo Utara (kini dikenali sebagai negeri Sabah). Sebagai cabang ilmu dan amalan masyarakat yang lebih cenderung menganalisis keadaan semasa dan meneroka masa hadapan, melalui model ekonomi, formula matematik dan ramalan statistik, perspektif sejarah bagi amalan pengurusan kewangan dan praktik perakaunan merupakan sudut yang sangat jarang diterokai oleh para pengkaji amalan perakaunan dan praktik perakaunan dan bukan pula pilihan popular dalam kalangan para penulis sejarah. 

Buku ini, yang memilih Borneo Utara semasa era penjajahan (1881-1963) sebagai latar kajian, sangat berguna untuk dijadikan bahan rujukan oleh para penyelidik dan pelajar serta bahan bacaan kepada orang awam, khususnya mereka yang berminat memahami perkembangan amalan pengurusan kewangan dan praktik perakaunan masa lalu dan kaitannya dengan amalan dan praktik semasa. Liputan buku ini sangat komprehensif, mencakupi tempoh 83 tahun dan mempersembahkan ulasan perkembangan sosioekonomi dan politik Borneo Utara yang ada kaitan dengan perkembangan amalan pengurusan kewangan dan praktik perakaunan. 

Kepada generasi baharu, buku ini menawarkan rekod dan dokumen yang sangat penting sebagai bukti sumbangan generasi terdahulu dalam bentuk kejayaan, kesungguhan, kelemahan mahupun kesilapan, khususnya dalam usaha membentuk jati diri mereka untuk terus mempertahankan tinggalan dan warisan yang ada.

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 2.6 cm
  • Weight 0.7 kg
  • Year 2014