Simbolisme Dalam Adat dan Kematian Bajau Dari Perspektif Semiotik dan Komunikasi

Author: Halina Sendera Mohd Yakin & Andreas Totu

Year Published: 2019

ISBN: 978-967-2166-55-9

 

More details

UP00192

30 Items in stock

On sale On sale!

-20%

RM36.00

RM45.00

Buku ini memperincikan signifikasi simbol, iaitu makna dan fungsi simbol-simbol yang terdapat dalam adat kematian masyarakat Bajau dari perspektif semiotik dan komunikasi khususnya komunikasi tanpa lisan. Oleh hal yang demikian, buku ini bersifat agak ilmiah dengan perincian epistemologi ilmu yang berkaitan. Keberadaan simbol-simbol budaya yang wujud di persekitaran landskap kehidupan dapat memberikan ruang untuk memahami nilai-nilai dukungan sesebuah masyarakat kerana kewujudan produk atau simbol budaya dalam kehidupan masyarakat bukanlah suatu kebetulan ataupun wujud dalam vakum, tetapi terhasil daripada janaan minda berdasarkan pengalaman budaya yang berevolusi sifatnya.

Justeru, menjadi kepentingan bagi masyarakat untuk mengetahui dan seterusnya mendalami fungsi dan makna yang tersirat di sebalik manifestasi sesuatu simbol agar dapat memahami sesebuah masyarakat. Seperkara lagi, pemahaman terhadap nilai-nilai tersebut tidak boleh dilandaskan berdasarkan satu ruang lingkup sahaja seperti dari perspektif agama tetapi perlu melihat sisi lain yang berkaitan seperti aspek historiografi dan ketamadunan masyarakat bagi meluaskan lagi horizon pengetahuan dan kefahaman kita terhadap masyarakat terbabit.

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 0,5 cm
  • Weight 0.20 kg
  • Year 2019