Hubungan Industri dan Sumber Manusia: Isu dan Perspektiff (Edisi Ketiga)

Editor: Dzurizah Ibrahim

Year Published: 2019

ISBN: 978-967-2166-51-1

 

More details

UP00196

20 Items in stock

On sale On sale!

-20%

RM44.00

RM55.00

Hubungan Industri dan Sumber Manusia: Isu dan Perspektif (Edisi Ketiga) ini mengandungi topik yang merangkumi asas hubungan industri dan pekerjaan, pengurusan sumber manusia, undang-undang perburuhan, sosiologi kerja, pembangunan sumber manusia dan isu perburuhan kontemporari. Penulisannya menyorot isu dan permasalahan hubungan industri dan sumber manusia dalam konteks perbandingan global dan penekanan terhadap negara sedang membangun amnya dan di Malaysia khususnya.

Kandungan buku edisi ketiga ini ditambah baik dengan memuatkan empat bab baharu yang menyorot isu kontemporari yang berlaku dalam dunia pekerjaan hari ini. Bahagian pertama buku ini menumpukan kepada konsep asas hubungan industri dan sumber manusia. Bahagian kedua pula menekankan perbincangan dari aspek hak-hak pekerja dan pengurusan, manakala bahagian ketiga mengupas isu gender dan pembangunan sumber manusia serta cabaran-cabarannya. Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan kepada tenaga akademik, pengurus organisasi, pengamal hubungan industri mahupun sumber manusia, pelajar institusi pengajian tinggi, maktab dan individu yang berminat dalam topik hubungan industri dan sumber manusia.

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 1.6 cm
  • Weight 0.45 kg
  • Year 2019