Entelah: Warisan dan Hubungannya dengan Kepercayaan Masyarakat Iban

Author: Patricia Ganing, Asmiaty Amat, Lokman Abdul Samad

Year Published: 2020

ISBN:978-967-2908-34-0

(Terbitan bersama Penerbit UMS, Penerbit UPSI dan Penerbit UNIMAS)

More details

UP00215

9 Items in stock

RM30.00

Masyarakat Iban di Sarawak mewarisi keagungan sastera lisan daripada kearifan lokal nenek moyang mereka. Salah satu sastera lisan yang sangat terkenal dan masih diwarisi sehingga kini ialah entelah. Entelah atau teka-teki masyarakat Iban memainkan peranan yang sangat penting termasuklah menjadi wadah dokumentasi sosiobudaya masyarakat Iban. Penelitian ini telah menyangkal tanggapan umum yang menganggap entelah merupakan sastera lisan berbentuk hiburan semata-mata. Kajian yang menggunakan teori semiotik Peirce telah berjaya merungkai tanda-tanda bermakna dalam entelah yang mengacukan penanda tertentu sehingga menginterpretasikan petanda-petanda penting yang berkaitan dengan kehidupan dan kepercayaan masyarakat Iban. Antara tanda dominan yang terdapat dalam entelah ialah tanda Dewi Kumang dan pokok tapang atau tualang.

Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan peneliti folklor dan memberi maklumat tambahan berkenaan keunikan sastera lisan yang dimiliki peribumi khususnya masyarakat Iban yang jarang-jarang dilakukan oleh pengkaji sebelum ini.

  • Height 25 cm
  • Width 18 cm
  • Depth 0.6 cm
  • Weight 0.3 kg
  • Year 2020