Peranan Bugis Dalam Politik Sabah

Author: Asmiaty Amat, Eko Prayitno Joko, Nordin Sakke, Ramli Dollah, Amrullah Maraining

Year Published: 2020

ISBN: 978-967-2962-15-1

 


More details

UP00216

20 Items in stock

RM65.00

Penglibatan etnik Bugis sudah dimulakan sejak gagasan Malaysia disuarakan dan tersimpan dalam bentuk “kolektif memori” sebagai pengalaman hidup yang akhirnya kelak mempengaruhi hala tuju politik golongan mudanya pada masa kini. Oleh itu, buku ini bukan sahaja bermatlamat menelusuri sejarah penglibatan kumpulan etnik Bugis daripada persatuan bersifat sosiobudaya ke arena politik nasional, tetapi juga menekankan keperluan mendudukkan metode kelisanan dalam pendokumentasian sejarah politik Sabah. Pada masa yang sama, kedinamikan politik Bugis yang berpayung di bawah tonggak Melayuisme sekian lama dianggap sebagai kelompok minoriti dan kelas kedua dapat dialihkan dari “pinggiran” ke “pusat” turut diwacanakan dalam buku ini. Dalam konteks real politic pula, adalah tidak berlebihan untuk menyatakan bahawa kehadiran buku ini berjaya membuktikan pengaruh geopolitik kumpulan etnik Bugis dalam mencorakkan perubahan kepimpinan atau menentukan pembentukan Kerajaan Negeri Sabah pada setiap pilihan raya yang diadakan.

Malahan, lebih daripada itu, aspek yang menjadikan buku ini lebih menarik dan bermanfaat untuk tatapan pembaca adalah disebabkan ia turut mengenal pasti isu permasalahan yang membelenggu perjalanan politik Bugis serta berusaha memberikan jawapan kepada hala tuju politik mereka sekiranya ingin kekal relevan dalam pentas politik Sabah. Secara mudahnya, buku ini dihasilkan bukan untuk mempersembahkan khalayak kepada teori politik yang serba meninggi, tetapi sekadar dengan fakta dan contoh yang sangat membumi!

  • Height 25 cm
  • Width 18 cm
  • Depth 1.8 cm
  • Weight 0.5 kg
  • Year 2020