Sebuah Perjalanan Dari Desa ke Puncak Menara Gading, cetakan ke-3

Author: Mohd. Harun Abdullah
Year Published: 2017
ISBN: 978-967-0521-54-1

 

 


 

 

More details

UP00150

20 Items in stock

On sale On sale!

-20%

RM36.00

RM45.00

Buku ini memaparkan kisah perjalanan hidup penulis yang bermula dari sebuah desa kecil yang serba kekurangan, semasa Sabah masih dikenali sebagai Borneo Utara. Kemudiannya penulis berhijrah ke kota ketika zaman kanak-kanaknya pada awal pasca pembentukan Malaysia. 

Sesuai dengan tajuk buku “Dari desa ke Puncak Menara Gading,” dimuatkan di dalam buku ini keadaan kehidupan berbeza yang pernah dilalui oleh penulis sebagai anak, pelajar, pekerja dan seterusnya pentadbir. Ia memperlihatkan satu pesona perjalanan hidup yang tersirat dalamnya suatu pelajaran, pengajaran serta keindahan alami yang hanya mampu diselami oleh empunya diri. Kalau dahulunya penulis hanyalah seorang anak desa, kini menjadi peneraju sebuah institusi gedung ilmu negara. 

Menerusi buku ini penulis turut berkongsi visinya dan cabaran semasa yang dihadapi oleh universiti yang diterajuinya itu. Buku yang diadun dengan ketebalan sederhana ini, sesuai untuk bacaan anak-anak muda, pendidik dan masyarakat umum. Walaupun suasana dan keadaan pada masa kini dan yang mendatang berbeza daripada masa lepas, nilai-nilai positif yang membentuk keperibadian diri merupakan ramuan untuk menjadikan seseorang itu berjaya dalam hidupnya. Di penghujung setiap bab buku ini diselitkan kata-kata sebagai renungan terhadap apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Penulis mengharapkan para pembaca dapat membuka minda dan melihat kehidupan sebagai suatu peta yang hendak diteroka selagi hayat dikandung badan. Semoga pemikiran tentang kehidupan yang dipersembahkan ada manfaatnya, merentasi sempadan bangsa dan agama.

  • Height 23 cm
  • Width 15 cm
  • Depth 0.8 cm
  • Weight 0. 28 kg
  • Year 2017