- -20%
Pulau Mabul: Dulu, kini dan Selamanya
Author: Ismail Ali, Yusten Karulus
Year Published: 2012
ISBN: 978-967-5224-73-7
Buku Pulau Mabul: Dulu, Kini dan Masa Depan ini merupakan kesinambungan daripada buku Sejarah, Kebudayaan dan Kesenian Bajau Semporna: Dari Perspektif Hj. Bakara Marahaja Onnong (2011) dan diterbitkan khas sempena perasmian Regatta Lepa Semporna 2012.
Buku Pulau Mabul: Dulu, Kini dan Masa Depan ini merupakan kesinambungan daripada buku Sejarah, Kebudayaan dan Kesenian Bajau Semporna: Dari Perspektif Hj. Bakara Marahaja Onnong (2011) dan diterbitkan khas sempena perasmian Regatta Lepa Semporna 2012. Penerbitan buku ini menjadi tanda keprihatinan dan komitmen berterusan UMS dalam memartabatkan sejarah, kebudayaan dan kesenian komuniti pelaut di Sabah.
Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bacaan umum dan rujukan ilmiah kerana ditulis secara kronologi, tematik dan bersifat kontemporer, memuatkan pelbagai informasi dari pelbagai disiplin ilmu yang jarang diketengahkan oleh para penulis sebelum ini.
Lebih penting lagi, buku ini ditulis dari kaca mata dan perspektif tempatan sepenuhnya berasaskan rekod sejarah, temu bual, pemerhatian dan pengamatan para penyelidik UMS semasa menjalankan kerja lapangan di Pulau Mabul. Diharapkan penerbitan buku ini akan dapat memperkayakan lagi koleksi penerbitan komuniti maritim di Sabah untuk tatapan dan penghayatan generasi yang akan datang.
Data sheet
- Height
- 29 cm
- Width
- 23 cm
- Depth
- 0.8 cm
- Weight
- 0.56 kg
- Year
- 2012
Specific References
16 other products in the category
Antuka Tradisi Lisan Iranun
Buku ini adalah dokumentasi antuka atau teka-teki etnik Iranun, mencirikan puisi etnik yang...
- -20%
Psikologi Masyarakat Borneo...
Buku ini adalah merupakan hasil penyelidikan dalam tempoh pandemik dalam pelbagai disiplin...
- -20%