Nelayan Artisanal di Sabah
zoom_in
  • -20%
  • Nelayan Artisanal di Sabah

Nelayan Artisanal di Sabah

RM60.00
RM75.00
Tax included

Author:  Ismail Ali
Year Published: 2013
ISBN: 978-967-0521-10-7

Buku ini ditulis bertujuan untuk menilai semula penglibatan para nelayan artisanal (tradisi) dalam arus pembangunan industri perikanan di Sabah yang merangkumi beberapa aspek seperti sosiodemografi, sosioekonomi dan keberkesanan program penyampaian pelbagai bantuan oleh pelbagai agensi Persekutuan dan Negeri.

Quantity

 Buku ini ditulis bertujuan untuk menilai semula penglibatan para nelayan artisanal (tradisi) dalam arus pembangunan industri perikanan di Sabah yang merangkumi beberapa aspek seperti sosiodemografi, sosioekonomi dan keberkesanan program penyampaian pelbagai bantuan oleh pelbagai agensi Persekutuan dan Negeri.

Penilaian dibuat berdasarkan kepada data-data yang diperoleh daripada Program Banci Nelayan Sabah dan kerja lapangan yang mulai dijalankan oleh KO-NELAYAN dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2010 hingga 2012. Selain daripada itu, penulisan buku ini juga bertujuan untuk mengenal pasti  isu dan persoalan semasa yang dihadapi oleh para nelayan dan mengutarakan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan oleh pihak-pihak berwajib.

Hasil daripada analisis data banci dan kerja lapangan merumuskan walaupun jumlah pendaratan hasil laut di Sabah pada masa ini diterajui oleh nelayan komersial yang menggunakan peralatan menangkap berteknologi moden, peranan dan sumbangan nelayan artisanal yang masih menggunakan pelbagai perkakasan tradisional dan berskala kecil kekal signifikan dalam menentukan jumlah pendaratan hasil laut di negeri ini. Kajian yang dijalankan turut mendapati bahawa program penyampaian bantuan oleh pelbagai agensi Persekutuan dan Negeri telah banyak meningkatkan taraf sosiodemografi dan taraf sosioekonomi para nelayan artisanal, sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan tegar dalam kalangan nelayan artisanal di Sabah.

Bagaimanapun, kajian ini juga mendapati masih terdapat beberapa ruang yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan untuk memastikan sumbangan nelayan artisanal dalam pembangunan industri perikanan berterusan, selain untuk tujuan kelangsungan hidup mereka.

 

UP00033
20 Items

Data sheet

Height
25 cm
Width
18 cm
Depth
0.7 cm
Weight
0.40 kg
Year
2013

Specific References

New

Download

16 other products in the category

Entelah Leka Main...

Entelah atau teka-teki dalam masyarakat Iban dikategorikan sebagai leka main, atau puisi....

RM35.00 RM28.00
search
  • -20%