

Author: Muhammad Idris Bullare @ Bahari, Beddu Salam Baco
Year Published: 2019
ISBN: 978-967-2166-36-8
Buku ini diterbitkan bertujuan untuk memberi pengetahuan, panduan dan kemahiran kepada pengguna tentang asas statistik secara deskriptif dan inferensi dalam bidang Psikologi, Kerja Sosial, Pendidikan, Sains Sukan, Ekonomi, Perniagaan, Sains Sosial dan Sastera.
Sepanjang pengalaman penulis mengajar kursus statistik di universiti, ramai pelajar sama ada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah bimbang apabila mengambil kursus ini. Mereka berpandangan kursus statistik adalah subjek yang sukar dan mudah gagal. Persepsi tersebut sebenarnya tidak benar. Hal ini demikian kerana jika kursus statistik diajar dan disampaikan dengan lebih mudah, iaitu berdasarkan kandungan ilmu yang mudah dan menarik akan memberikan dorongan dan motivasi kepada para pelajar.
Buku ini bukan sahaja boleh digunakan oleh pelajar kolej dan universiti tetapi juga kakitangan akademik. Buku ini terdiri daripada 15 bab kesemuanya dan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu berkaitan statistik deskriptif (taburan kekerapan, ukuran kecenderungan memusat, serakan, skor piawai, persentil, pangkat persentil, taburan normal, kebarangkalian) dan statistik inferensi (korelasi Pearson, korelasi Spearman, regresi linear, ujian-t sampel bebas, ujian-t sampel berulangan, ANOVA sehala, ANOVA dua hala dan khi kuasa dua).
Buku ini menjelaskan isu berhubung konsep "pemberian" atau "sedekah" dalam konteks al-fiqh...
Buku ini membincangkan asas pengetahuan berkenaan bidang kaunseling kepada pelajar yang baharu...
Buku biografi ini membincangkan kisah kehidupan Tun Razak dengan meneliti peranan dan...