Perburuhan Daripada Perspektif Islam Ke Arah Melestarikan Pertumbuhan Ekonomi, cetakan ke-2
Author: Kasim Mansur
Year Published: 2018
ISBN: 978-967-0521-71-8
Seperti juga ekonomi berasaskan fahaman kapitalis dan sosialis, ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku manusia yang diatur berdasarkan ajaran Islam dan didasari dengan tauhid, sebagaimana dirangkum dalam rukun iman dan rukun Islam. Dewasa ini, modal insan adalah aspek terpenting dalam mana-mana organisasi. Organisasi dan negara secara umumnya terbina dan membangun atas kapasiti modal insan yang berketerampilan terutamanya dalam aspek rohani, etika dan jasmani. Modal insan yang bersifat holistik ini mampu menjana kesejahteraan serta pembangunan sesebuah negara.
Selari dengan itu, maka buku ini ditulis untuk membincangkan tentang beberapa tajuk berkaitan perburuhan dalam konteks Islam. Ia juga memuatkan perbincangan yang berkaitan dengan pengurusan pekerjaan secara profesional, sistem perburuhan yang tersusun, keadilan sosioekonomi, etika kerja, konsep halal dan haram, riba dan kewajipan mengeluarkan zakat. Perbincangan lebih memfokuskan kepada ekonomi Islam dan bagaimana perburuhan menurut Islam mampu menstabil, mensejahtera dan membangunkan ekonomi negara.
Buku ini juga memberi penekanan kepada etika kerja dan peranan buruh yang beretika berupaya membantu dalam pengurusan organisasi dan pembangunan negara. Secara keseluruhannya, buku ini membincangkan secara meluas bukan hanya tentang kewajipan bekerja, tetapi juga ciri-ciri yang wajib ada pada setiap pekerja menurut ajaran Islam.
Data sheet
- Height
- 23 cm
- Width
- 15 cm
- Depth
- 2.0 cm
- Weight
- 0.5 kg
- Year
- 2018
Specific References
16 other products in the category
Insights into the...
This book is a compilation of research findings that explicitly discussed the hospitality...
Coronaviruses:...
This book is a comprehensive information with basic knowledge about different aspects...
Socio-Economic Empowerment:...
This book cover various socioeconomic development issues from an Asian perspective.
Isu Sisa Pepejal di...
Isu Pengurusan sisa pepejal diangkat dalam buku ini kerana banyak negara termasuk Malaysia...