- -20%
EcoCampus UMS: Menjunjung Ilmu Melestari Alam
Author: Mohd. Harun Abdullah
Year Published: 2014
ISBN: 978-967-0521-37-4
Buku ini membincangkan makna alam sekitar dan falsafahnya serta membawa pembaca membuka minda untuk merenung jauh dan memahami betapa manusia itu memerlukan alam untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan selesa dan selamat.
Buku ini membincangkan makna alam sekitar dan falsafahnya serta membawa pembaca membuka minda untuk merenung jauh dan memahami betapa manusia itu memerlukan alam untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan selesa dan selamat.
Seterusnya, buku ini membincangkan sumber alam dan keunikan yang ada di dalam kampus UMS sebagai aset yang berharga, perlu dipelihara dan dimanfaatkan secara harmoni oleh warga universiti. Kampus tersebut diguna sebagai model ke arah penjenamaan EcoCampus yang mengamalkan budaya mesra alam.
Diharapkan buku ini boleh menjadi panduan untuk menerangkan falsafah dan hasrat di sebalik konsep EcoCampus serta manfaatnya kepada warga universiti yang terdiri daripada para pelajar, ahli akademik serta staf, dan juga masyarakat keseluruhannya. Moga-moga pemikiran EcoCampus yang diketengahkan membuka peluang dan ruang kepada setiap individu untuk membawa suatu transformasi minda dan pelbagai aktiviti yang menyokong dan mendukung konsep kelestarian. Ia merupakan suatu inisiatif yang menunjukkan komitmen UMS untuk melaksana usaha memperjuangkan kelestarian alam menerusi pendidikan. Suatu perjuangan untuk sentiasa relevan dalam perjalanan hidup ini dalam berdepan dengan persekitaran yang sentiasa berubah.
Data sheet
- Height
- 20 cm
- Width
- 15 cm
- Depth
- 0.7 cm
- Weight
- 0.15kg
- Year
- 2014