Psikologi Masyarakat Borneo
zoom_in
  • -20%
  • Psikologi Masyarakat Borneo

Psikologi Masyarakat Borneo

RM20.00
RM25.00
Tax included

Editor: Chua Bee Seok, Getrude Cosmas @ Grace

Year Published: 2020

eISBN: 978-967-2962-16-8

eBook

 

Quantity

Buku Psikologi Masyarakat Borneo ini merupakan hasil inisiatif dan usaha awal penulisan oleh para ahli psikologi, kaunseling dan kerja sosial di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Buku pertama ini mengandungi tiga belas bab dan penulisannya adalah berdasarkan kepada dapatan kajian empirikal yang dijalankan di Sabah. Sabah yang terletak di Kepulauan Borneo kaya dengan kepelbagaian dan keunikan etnik, budaya, tradisi, bahasa dan gaya hidup menarik. Kepelbagaian dan keunikan yang ada di Sabah ini telah menarik aktivis sosial dan para ilmuwan daripada pelbagai disiplin, termasuklah bidang psikologi untuk menjalankan kajian. Dalam buku ini, para ilmuwan psikologi, kaunseling dan kerja sosial telah membincangkan pelbagai aspek psikologikal seperti persepsi, kesejahteraan, kegembiraan, identiti etnik, identiti seksual, konsep kedewasaan dan perhubungan pasangan yang berkahwin dalam kalangan masyarakat Sabah dari pelbagai etnik.

Setiap bab dalam buku ini pastinya akan dapat membantu meningkatkan pemahaman pembaca tentang konsep psikologi yang jarang sekali dikaitkan dengan kepercayaan, amalan, tradisi dan budaya etnik yang ada di Kepulauan Borneo. Pada edisi yang akan datang, aspek perbincangan akan turut diperluaskan di kawasan lain di rantau Borneo.

 


UP00214
98 Items

Data sheet

Year
2020

Specific References

New

6 other products in the category