
Celik Kewangan Islam: Siri 1
Buku ini menjelaskan isu berhubung konsep "pemberian" atau "sedekah" dalam konteks al-fiqh...
Author: Rasid Mail
Year Published: 2015
ISBN: 978-967-5224-23-2
Pengurusan sektor awam di seluruh dunia menghadapi tekanan dari pelbagai sudut untuk melakukan transformasi dan pembaikan.
Pengurusan sektor awam di seluruh dunia menghadapi tekanan dari pelbagai sudut untuk melakukan transformasi dan pembaikan. Di Malaysia, usaha-usaha pembaharuan yang lebih ketara semenjak era 80-an diteruskan dalam pelbagai bentuk sebagai tindak balas kepada keperluan dalaman organisasi sosial dan politik, persaingan pasaran serantau dan antarabangsa dan seumpamanya mendorong langkah-langkah lebih berani diambil seperti pengkorporatan, penswastaan dan polisi lainnya.
Hal sedemikian memerlukan kemahiran pengurusan sektor awam melalui pemahaman semula jadi dan persekitaran organisasi dan institusi. Salah satu dari aspek yang ditekankan ialah pengurus kewangan, operasi perakaunan, struktur akauntabiliti dan kecekapan kos. Disiplin perakaunan sebagai instrumen sosial yang semakin diperakukan sumbangannya, berpotensi dijadikan medium serta hasil transformasi dan pembaikan sektor awam.
Buku ini membincangkan potensi tersebut dari perspektif kritis perakaunan berdasarkan teori dan bukti-bukti empirik yang pernah dijadikan sorotan perbincangan lepas dan semasa. Seterusnya, cadangan-cadangan yang diketengahkan boleh dijadikan rujukan, pertimbangan dan bahan kritikan para penggiat polisi, pengamal, pengurus dan penyelidik dalam bidang berkaitan. Kandungan buku ini diharapkan dapat menyumbang kepada idea dan kebangkitan usaha-usaha transformasi sektor awam di Malaysia, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan.
Buku ini menjelaskan isu berhubung konsep "pemberian" atau "sedekah" dalam konteks al-fiqh...
Pembangunan dan penjanaan alam sekitar dilihat sebagai dua aspek yang bertentangan....
This book is a comprehensive information with basic knowledge about different aspects...
This book provides a comprehensive analysis of the demographic and landscapes of Sabah,...
This book is a compilation of research findings that explicitly discussed the hospitality...