

Author: Shariff AK Omang
Year Published: 2017
ISBN: 978-967-0521-91-6
Buku ini memberi bimbingan secara amali dalam menentukan kumpulan mineral silikat (mineral felsik dan mafik) dengan menggunakan ciri-ciri optik. Terdapat banyak ciri optik yang digunakan dalam mengecam kumpulan mineral silikat. Antara ciri-ciri optik yang digunakan dalam buku ini ialah warna, pleokroisme, jenis padaman, sudut padaman, ira, kembaran, pengezonan, sifat optik ekapaksi (1p) dan dwipaksi (2p).
Di samping itu, buku ini juga menerangkan latar belakang suatu tajuk bidang amali secara teori sebelum sesuatu amali dijalankan. Langkah ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan kefahaman secara konsep serta membimbing para pelajar untuk mencapai matlamat dan sasaran amali yang dilakukan. Buku ini boleh dijadikan rujukan tambahan bagi pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menjurus dalam bidang Geologi atau Sains Bumi.
A Global Pandemic: Ripple Effects of COVID-19 contains a selection of articles, carefully...
Join Olumis and Osundu on an exciting journey into the fascinating world of biotechnology! In...
This book provides guidance and practical on the forestry camp, based on the real experience...
Oxygenated blood must flow!
These four golden words summarize the essence of this...
Isu Pengurusan sisa pepejal diangkat dalam buku ini kerana banyak negara termasuk Malaysia...