

Author: Fauziah Sulaiman
Year Published: 2019
ISBN: 978-967-2166-57-3
Buku ini dihasilkan untuk memberikan penerangan dan perbincangan klasik dan mudah bagi topik gelombang mekanik, bunyi dan gelombang bunyi. Penerangannya disampaikan secara ringkas agar memudahkan pelajar memahami ilmu fizik yang sentiasa berlaku di sekeliling mereka.
Setiap bab dimulakan dengan penjelasan berkenaan dengan teori, diikuti dengan contoh-contoh yang berkaitan. llmu fizik gelombang mekanik, bunyi dan gelombang bunyi ini bukanlah sesuatu yang asing bagi pelajar, namun didapati kebanyakan pelajar masih keliru dalam hal ini. Idea menulis buku ini datang daripada ilham apabila mendapati pelajar-pelajar masih tidak jelas akan konsep gelombang dan juga bunyi, bagaimana tenaga dapat dibawa oleh gelombang dan seterusnya dapat dipindahkan dari satu titik ke satu titik yang lain. Justeru, diharapkan penerbitan buku ini dapat memberikan kepelbagaian bahan rujukan buku-buku fizik terutamanya yang ditulis dalam Bahasa Malaysia.
Buku ini membincangkan prinsip-prinsip asas dalam proses pengkomposan; teknik dan amalan...
Penukaran sisa organik kepada kompos/baja organik adalah kaedah pemprosesan sisa yang mapan....