

Author: Ahmad Mukifza Harun
Year Published: 2019
ISBN: 978-967-2166-54-2
Buku ini memaparkan penerangan lengkap tentang konsep-konsep asas pembelajaran teknologi elektrik. Ia adalah sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar yang amnya bukan pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Buku ini dirangka khusus untuk para pelajar memahami konsep teknologi yang bermula dari asas penghasilan teknologi elektrik itu sendiri. Edisi jilid 2 ini adalah kesinambungan daripada buku edisi jilid 1. Edisi jilid 2 ini terdiri daripada pengenalan elektromagnetik, pengubah, pemuat, peraruh dan litar-litar RL, RC serta RLC. Teorem-teorem asas elektrik juga diperkenalkan seperti teorem Thevenin dan Norton.
Selain itu, buku ini membincang dan menghuraikan deskripsi pelbagai konsep dan prinsip asas kejuruteraan elektrik yang mudah difahami kerana ditulis dalam bahasa Malaysia. Pelbagai konsep asas Kejuruteraan Elektrik seperti prinsip asas arus ulang-alik, prinsip turas dan sedikit huraian kuasa tiga fasa juga turut dimuatkan. Selain kegunaan para pelajar di peringkat ijazah pertama, buku ini juga bermanfaat kepada para pelajar yang mengikuti kursus di peringkat sijil dan diploma.
Penukaran sisa organik kepada kompos/baja organik adalah kaedah pemprosesan sisa yang mapan....
This book provides guidance and practical on the forestry camp, based on the real experience...
Join Olumis and Osundu on an exciting journey into the fascinating world of biotechnology! In...
Buku ini membincangkan prinsip-prinsip asas dalam proses pengkomposan; teknik dan amalan...