Author: Rosalam Hj. Sarbatly
Year Published: 2020
ISBN: 978-967-2166-70-2
Buku ini memperkenalkan satu konsep baharu pertanian moden dikenali sebagai “Inovasi Pertanian Pintar Desa (IPPD)” yang bertujuan bagi menghasilkan makanan sihat menerusi kunci asas berpandukan hukum syarak “makanan halal lagi baik”. Idea penjenamaan ini adalah bertujuan membantu masyarakat dan kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan baharu yang mampu merancakkan ekonomi desa seterusnya menggalakkan lebih banyak industri kecil dan sederhana berkonsepkan makan sihat menerusi proses penjagaan secara organik dan bebas dari bahan kimia berbahaya serta bersih dan halal dari segi hukum syarak. Kandungan buku ini akan menerangkan dengan jelas bagaimana teknologi kejuruteraan boleh menjadi tunggak penyelesaian kepada masalah sikap masyarakat yang menganggap pertanian sebagai bukan pekerjaan pilihan. Tabiat masyarakat desa yang lebih gemar bekerja sendiri dan tidak berjadual merupakan masalah utama. Menerusi panduan ini ia dijangka akan dapat merubah tabiat ini dan boleh bekerja secara lebih sistematik.
Menerusi IPPD masalah sikap dan gaya hidup ini telah dikenal pasti dan ditangani. Hasilnya, projek ini akan mendedahkan masyarakat kepada teknologi terkini dalam pertanian serta mengurangkan kebergantungan kepada komitmen manusia.
Konsep IPPD yang diperkenalkan ini dijangka akan menarik golongan muda terutamanya lepasan siswazah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menceburi bidang pertanian yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.
This book is a comprehensive information with basic knowledge about different aspects...
Join Olumis and Osundu on an exciting journey into the fascinating world of biotechnology! In...
This book provides guidance and practical on the forestry camp, based on the real experience...
Concise Notes on Common Procedures in Anaesthesia is easy to read, and more importantly easy...
This book delves into the current and emerging trends in the field of marine fish nutrition...
This book aids a learner of the cardiovascular system, to know the appropriate depth of...