Author: Jidon Janaun
Year Published: 2020
ISBN: 978-967-2166-90-0
Pengeringan adalah proses lazim yang dijalankan oleh masyarakat khasnya peniaga. Pelbagai aktiviti harian memerlukan proses pengeringan seperti bahan makanan mahupun hasil-hasil pertanian dan laut. Pengeringan diperlukan untuk membuang kandungan air agar bahan berkenaan boleh digunakan bagi memudahkan kerja-kerja penghantaran dan membolehkannya disimpan lebih lama. Di sebalik kewujudan pelbagai mesin pengering di pasaran, masyarakat, peniaga, mahupun pengusaha industri kecil dan sederhana menggunakan kaedah menjemur secara terbuka di bawah sinaran matahari.
Kaedah ini mudah dan percuma namun mempunyai beberapa kelemahan seperti jaminan tahap kebersihan yang diragui kerana terdedah dengan persekitaran seperti haiwan dan habuk. Teknik ini juga bergantung kepada perubahan cuaca. Perubahan cuaca yang tidak menentu akan menjejaskan kualiti bahan yang dikeringkan. Bagi mengatasi masalah di atas, penulis telah mencipta sebuah mesin pengering solar yang seterusnya dipaparkan dalam buku ini. Inovasi penulis ini sudah teruji mampu mengatasi kelemahan pengeringan secara terbuka dan memberi nilai tambah kepada produk-produk yang dikeringkan di dalamnya. Buku ini sesuai dibaca oleh peniaga, pelajar, penyelidik dan segenap lapisan masyarakat yang berminat dengan teknologi pengering solar.
Concise Notes on Common Procedures in Anaesthesia is easy to read, and more importantly easy...
This book provides guidance and practical on the forestry camp, based on the real experience...
Isu Pengurusan sisa pepejal diangkat dalam buku ini kerana banyak negara termasuk Malaysia...
Penukaran sisa organik kepada kompos/baja organik adalah kaedah pemprosesan sisa yang mapan....
Pembangunan dan penjanaan alam sekitar dilihat sebagai dua aspek yang bertentangan....
Join Olumis and Osundu on an exciting journey into the fascinating world of biotechnology! In...