Editor: Dzurizah Ibrahim
Year Published: 2019
ISBN: 978-967-2166-51-1
Hubungan Industri dan Sumber Manusia: Isu dan Perspektif (Edisi Ketiga) ini mengandungi topik yang merangkumi asas hubungan industri dan pekerjaan, pengurusan sumber manusia, undang-undang perburuhan, sosiologi kerja, pembangunan sumber manusia dan isu perburuhan kontemporari. Penulisannya menyorot isu dan permasalahan hubungan industri dan sumber manusia dalam konteks perbandingan global dan penekanan terhadap negara sedang membangun amnya dan di Malaysia khususnya.
Kandungan buku edisi ketiga ini ditambah baik dengan memuatkan empat bab baharu yang menyorot isu kontemporari yang berlaku dalam dunia pekerjaan hari ini. Bahagian pertama buku ini menumpukan kepada konsep asas hubungan industri dan sumber manusia. Bahagian kedua pula menekankan perbincangan dari aspek hak-hak pekerja dan pengurusan, manakala bahagian ketiga mengupas isu gender dan pembangunan sumber manusia serta cabaran-cabarannya. Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan kepada tenaga akademik, pengurus organisasi, pengamal hubungan industri mahupun sumber manusia, pelajar institusi pengajian tinggi, maktab dan individu yang berminat dalam topik hubungan industri dan sumber manusia.
Buku ini adalah dokumentasi antuka atau teka-teki etnik Iranun, mencirikan puisi etnik yang...
Memiliki dan merasai kebahagiaan adalah hak milik setiap insan. Bahagia tidak terhad kepada...
Buku ini adalah gabungan pendekatan penulisan ringan dan penulisan ilmiah merentasi...
Buku ini mengulas setiap isu dan masalah belia dan bagaimana setiap masalah ini boleh membawa...
This book provides a comprehensive analysis of the demographic and landscapes of Sabah,...