

Author: Saidatul Nornis Hj. Mahali, Asmiaty Ahmat
Year Published: 2016
ISBN: 978-967-0521-64-0
Luasnya dimensi budaya menyebabkan ia perlu dilihat dengan pelbagai cara. Salah satu pilihannya adalah dengan mengaitkannya dengan agama. Tafsiran yang pelbagai juga boleh lahir kesan daripada hubung kait antara agama dan budaya.
Justeru, buku ini menampilkan sepuluh buah makalah yang memerihalkan aspek agama dan budaya dalam tema terbuka. Kesemua makalah merupakan hasil perbincangan dalam Persidangan Agama dan Masyarakat pada tahun 2012 anjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sesungguhnya, agama dan budaya bersifat saling mengisi. Agama juga berkembang dalam pelbagai budaya dan peradaban dunia maka, pasti akan berlaku penyesuaian untuk memastikan kedua-duanya tidak saling bertentangan.
Buku ini adalah merupakan hasil penyelidikan dalam tempoh pandemik dalam pelbagai disiplin...