Long Pasia
Author: Ismail Ali, Baszley Bee B. Basrah Bee
Year Published: 2010
ISBN: 978-967-5224-54-6
Sehingga kini, belum ada sebarang penerbitan yang memerihalkan secara terperinci tentang sesebuah kampung di Sabah dari perspektif sains social seperti buku ini yang memfokuskan tentang Long Pasia.
Sehingga kini, belum ada sebarang penerbitan yang memerihalkan secara terperinci tentang sesebuah kampung di Sabah dari perspektif sains social seperti buku ini yang memfokuskan tentang Long Pasia. Long Pasia hanyalah sebuah perkampungan di perbatasan Sabah-Sarawak dan Kalimantan yang terletak jauh di pedalaman selatan Sabah.
Petempatan ini mula dikenali umum apabila ia tercatat dalam peta destinasi penerbangan Malaysia Airline System (MAS). Long Pasia tidak dapat dipisahkan dengan keberadaan kaum Lundayeh sebagai sebahagian dari kepelbagaian etnik di Sabah dan Malaysia umumnya. Buku ini cuba memperjelaskan dan mengupas keberadaan tersebut.
Terdiri dari sembilan bab yang ditulis oleh sarjana Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang pakar dalam bidang masing-masing, buku ini merupakan penulisan yang amat bernilai bukan sahaja kepada masyarakat Lundayeh tetapi juga terhadap dunia akademik. Long Pasia masih memiliki banyak warisan budaya dan alam semula jadi yang terpelihara berbanding dengan kawasan lain di Sabah.
Data sheet
- Height
- 25 cm
- Width
- 18 cm
- Depth
- 0.8 cm
- Weight
- 0.46 kg
- Year
- 2010
Specific References
16 other products in the category
Psikologi Masyarakat Borneo...
Buku ini adalah merupakan hasil penyelidikan dalam tempoh pandemik dalam pelbagai disiplin...
Geliga Etnik di Sabah
Memandangkan terlalu banyak aspek kegeligaan dan kearifan tempatan yang disembunyikan dalam...
Megalit Tambunan: Pemetaan...
Buku ini merupakan himpunan penulisan tentang pelbagai topik mengenai kebudayaan megalitik...
Insights into the...
This book is a compilation of research findings that explicitly discussed the hospitality...