- -20%
Struktur Adat Kematian Menyingkap Pandangan Alam dan Kosmologi Masyarakat Bajau
Author: Halina Sendera Mohd. Yakin
Year Published: 2018
ISBN: 978-967-2166-20-7
Usaha meneroka pandangan alam dan kosmologi sesebuah masyarakat bukanlah suatu tugas yang mudah. Bersumberkan struktur adat dan ritual serta semiotik simbol kematian, penulis cuba merepresentasikan aspek berkenaan secara berperingkat dan bertema, bermula dengan wacana berhubung makna kematian dari beberapa sudut pendekatan dan sosiobudaya manusia Bajau.
Epistemologi berkenaan kosmologi Bajau, yakni pengelasan dan pengkategorian dalam kosmos telah dijelaskan berdasarkan dua aspek yang saling berkaitan, iaitu aspek kebergantungan dan superioriti atau kuasa. Di samping itu, pandangan alam Bajau bersumberkan ritual kematian yang tampaknya didominasi oleh kepercayaan terhadap makhluk supernatural dan sistem strata atau hierarki sosial turut dibincangkan dari pelbagai aspek.
Pendek kata, dalam abad ke-21 ini, perilaku budaya dalam adat dan ritual kematian memperlihatkan bahawa pandangan alam dan kosmologi Bajau seolah-olah berunsur sinkretisme, iaitu penyesuaian dan pembauran antara kepercayaan tradisional dan baharu. Namun, tidak mustahil perubahan akan berlaku dengan lebih drastik pada abad mendatang kerana proses pemurnian Islam masih berterusan. Amalan dan ritual tradisional dalam adat kematian Bajau masih terus bertahan sehingga kini kerana makna serta fungsinya masih diperlukan. Penulis berharap agar karya yang asalnya bersifat akademik dan telah diolah agar bersifat lebih umum ini (tanpa menjejaskan sebahagian besar unsur akademiknya) mampu memberi sumbangan signifikan dalam memprolifikkan kajian-kajian berhubung budaya masyarakat peribumi di Sabah, khususnya masyarakat Bajau.
Selain daripada menambahkan koleksi dan dokumentasi berhubung masyarakat Bajau yang tidak begitu banyak di pasaran, penerbitan buku ini juga diharapkan mampu memberi informasi berguna kepada masyarakat umum terutamanya generasi muda Bajau tentang warisan budaya tradisi agar mereka celik budaya dan mengetahui akar mereka sebelum terhapus begitu sahaja ditelan arus pemodenan dan globalisasi yang melanda dunia.
Data sheet
- Height
- 23 cm
- Width
- 15 cm
- Depth
- 1.0 cm
- Weight
- 0.3 kg
- Year
- 2018
Specific References
16 other products in the category
Disiplin dan Hukuman dalam...
Buku ini menyediakan kupasan perspektif seorang ilmuwan Muslim iaitu Ibn Ḥajar al-Haytamī...
- -20%
Novel-novel Penulis Sabah...
Buku ini menyingkap pelbagai kelebihan dan keistimewaan novel-novel penulis di negeri...
- -20%
Entelah Leka Main...
Entelah atau teka-teki dalam masyarakat Iban dikategorikan sebagai leka main, atau puisi....
- -20%