

Author: Saini Ag. Damit, Mohammed Seman
Year Published: 2018
ISBN: 978-967-5224-90-4
Buku ini sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mempelajari dan mendalami bahasa Arab khususnya di peringkat asas. Ia dihasilkan bersesuaian dengan peringkat asas pembelajaran, iaitu bermula dari tahap yang paling asas seperti mengenal huruf Arab, menyebut dan menulis dengan menggunakan kaedah yang betul.
Buku ini mengandungi kosa kata, asas tatabahasa Arab, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis serta latihan pengukuhan. Kaedah transliterasi arab-rumi juga disediakan dalam buku ini, khususnya kepada individu yang tidak mempunyai asas bahasa Arab untuk membantu mereka dalam sebutan dan bacaan.
Bagi mereka yang mempunyai asas sedikit banyak tentang bahasa Arab, mereka boleh mendalaminya lagi dengan mempelajari kaedah yang betul sama ada dalam sebutan, bacaan mahupun penulisan. Dalam penulisan buku ini, objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab diberi penekanan secara khusus. Sementara itu, penggunaan bahasa dan perkataan yang mudah difahami serta ilustrasi yang menarik, diharapkan dapat menarik minat para pelajar mempelajari bahasa Arab dengan mudah dan berkesan
Buku biografi ini membincangkan kisah kehidupan Tun Razak dengan meneliti peranan dan...
Buku ini menyediakan kupasan perspektif seorang ilmuwan Muslim iaitu Ibn Ḥajar al-Haytamī...
Entelah atau teka-teki dalam masyarakat Iban dikategorikan sebagai leka main, atau puisi....