- -20%
Sejarah Pembudayaan Perahu Tradisi di Sabah
Author: Ismail Ali
Year Published: 2016
ISBN: 978-967-0521-65-7
Buku ini ditulis bertujuan untuk mengimbau kembali sejarah dan asal usul pembudayaan perahu tradisi di Sabah daripada perspektif sejarah kelautan di Nusantara. Berdasarkan kepada sejarah bahari di Sabah jelas menunjukkan bahawa budaya berperahu dalam kalangan pelaut di Sabah adalah berasal daripada pelaut Austronesia di Kepulauan Oceania di Lautan Pasifik. Beberapa teori menunjukkan para pelaut Austronesia yang menetap di Kepulauan Oceania mula melakukan migrasi menggunakan perahu bercadik secara berterusan ke wilayah-wilayah di Nusantara bermula pada abad 4,000 SM hingga 500 SM.
Melalui proses migrasi ini, pelaut Austronesia bukan sahaja berjaya mewujudkan tamadun baharu di Nusantara tetapi secara tidak langsung turut mengembangkan lagi budaya perahu bercadik mereka. Menerusi perubahan masa, berlaku pelbagai pengubahsuaian pada reka bentuk, saiz dan fungsi perahu bercadik sehingga menghasilkan pelbagai jenis perahu baharu dalam kalangan pelaut.
Selain memperlihatkan jenis-jenis perahu tradisi yang wujud di Sabah pada masa kini, buku ini turut membincangkan ilmu pelayaran kuno yang dibudayakan oleh para pelaut Bajau, dikenali sebagai Kitab Pelayaran Sampang Bulan yang diperkirakan telah berusia ratusan tahun. Penulis berharap agar kajian dan penulisan berhubung sejarah dan pembudayaan perahu-perahu tradisi dalam kalangan suku pelaut di Sabah ini akan dikembangkan lagi oleh para pengkaji dan penulis pada masa hadapan.
Data sheet
- Height
- 25 cm
- Width
- 18 cm
- Depth
- 0.6cm
- Weight
- 0.28 kg
- Year
- 2016
Specific References
16 other products in the category
Geliga Etnik di Sabah
Memandangkan terlalu banyak aspek kegeligaan dan kearifan tempatan yang disembunyikan dalam...
- -20%
Entelah Leka Main...
Entelah atau teka-teki dalam masyarakat Iban dikategorikan sebagai leka main, atau puisi....
- -20%