- -20%
Prinsip-prinsip Ujian dan Pengukuran Psikologi
Author: Chua Bei Seok
Year Published: 2020
ISBN: 978-967-2166-81-8
Buku ini membincangkan ciri-ciri asas dan teknikal ujian psikologi, isu-isu psikometrik ujian seperti reliabiliti, validiti dan analisis item serta proses pembentukan sesuatu ujian atau instrumen. Ujian-ujian psikologi penting digunakan di seting klinikal bagi membantu ahli terapi atau psikologi memilih dan merancang rawatan bagi kliennya. Ia turut digunakan di tempat kerja bagi membantu proses pemilihan pesonel dan pengiktirafan profesional. Di sekolah, kaunselor menggunakannya bagi memahami keadaan yang dihadapi pelajar dan membantu pelajar memilih bidang pengajian atau kerjaya mereka.
Dalam penyelidikan, ujian psikologi digunakan bagi membantu ahli penyelidikan memahami sesuatu fenomena atau masalah yang berlaku dan seterusnya mencadangkan solusi kepada masalah tersebut. Pengguna ujian psikologi harus mengetahui bagaimana untuk memilih dan menilai sesuatu ujian bagi memastikan ujian psikologi yang digunakan itu boleh mengukur secara konsisten dan boleh mengukur apa yang hendak diukur.
Diharapkan penerbitan buku ini dapat memberi pengetahuan kepada pembaca dan pengguna ujian tentang prinsip-prinsip dalam ujian dan pengukuran psikologi yang penting dalam penggunaan ujian psikologi.
Data sheet
- Height
- 23 cm
- Width
- 15 cm
- Depth
- 1.0 cm
- Weight
- 0.300 kg
- Year
- 2020