Islam dan Sensasi Dalam Novel
zoom_in
  • -20%
  • Islam dan Sensasi Dalam Novel

Islam dan Sensasi Dalam Novel

RM40.00
RM50.00
Tax included
Author: Rosmah Derak
Year Published: 2020
ISBN: 978-967-2962-20-5

 

 


Quantity

Kemunculan novel popular Islami pada hari ini di Indonesia dan Malaysia yang menggunakan Islam sebagai satu unsur penting di dalamnya telah menarik perhatian ramai. Dari segi fizikal, novel-novel ini memakai perkataan yang berunsur Islam sebagai tajuk dan ilustrasi kulit novel. Misalnya, tajuk novel menggunakan perkataan seperti ‘tasbih’ (Derap-Derap Tasbih), ‘syurga’ (Warkah Cinta Berbau Syurga), ‘syahadat’ (Syahadat Cinta), ‘tahajjud’ (Tahajjud Cinta), ‘zikir’ (Zikir-Zikir Cinta), ‘sakinah’ (Salju Sakinah), ‘mukjizat’ (Mukjizat Cinta) dan lain-lain.

Begitu juga dengan ilustrasi kulit novel yang menampilkan gambar wanita bertudung, berniqab dan gambar lelaki berkopiah atau berserban bagi menunjukkan unsur Islam. Malah di Indonesia, novel-novel ini turut menggunakan tagline yang memperlihatkan jalinan unsur Islam seperti ‘Novel Spiritual Pembangun Iman’, ‘Novel Religius Pencetus Kekuatan Hati dan Cinta Sejati’, ‘Novel Inspirasi Religiusitas Iman, Cinta dan Tradisi, ‘Novel Religius Pembersih Hati dari Noda-noda Cinta dan Emosi’ dan ‘Novel Spiritual Keajaiban Cinta’—(sekadar beberapa contoh). Imej luaran yang Islamik ini menimbulkan beberapa pertanyaan. Adakah Islam benar-benar penting dan dominan dalam penulisan novel popular Islami atau Islam telah menjadi alat komersialisme dalam sastera khususnya penulisan novel popular Islami? Muncul juga persoalan yang membimbangkan, iaitu sejauh manakah Islam digunakan sebagai bahan komersial demi mengejar kebendaan yang telah mengaburi mata golongan tertentu? Persoalan-persoalan ini menarik untuk diteliti dengan lebih mendalam sebagaimana yang dibincangkan dalam buku ini. Semoga kehadiran buku ini dapat memberi informasi yang berguna kepada para peminat, pengkaji dan peneliti sastera khususnya tentang novel popular Islami.


UP00221
19 Items

Data sheet

Height
23 cm
Width
15 cm
Depth
1.0 cm
Weight
0.35 kg
Year
2020

Specific References

New

Download

Islam dan sensasi

PDF File

Download (0)

12 other products in the category