Eksplorasi Geografi Pedalaman Pantai Barat Sabah
Editor: Oliver Valentine Eboy, Harifah Mohd Noor, Jurry Foo
Year Published: 2020
ISBN: 978-967-2166-92-4
Buku ini menghimpunkan penulisan tentang pelbagai topik dalam pembangunan pedalaman di pantai barat Sabah yang dilihat dari perspektif ruangan. Bab-bab yang ditulis adalah hasil kerja lapangan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar tahun akhir yang dibimbing oleh para pensyarah Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Daerah pedalaman yang difokuskan ialah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.
Terdapat tiga tema yang diketengahkan dalam buku ini, iaitu pengurusan dan pembangunan ruang, aplikasi teknologi dalam pengurusan ruang dan pengurusan sumber semula jadi. Ia merangkumi kajian dari aspek perbandaran, nilai sewa hartanah, banjir, sumber air, pelancongan, pengangkutan, kesihatan, rekreasi, perubahan hutan paya, cuaca, landskap dan perancangan bandar.
Buku ini sesuai dijadikan bacaan tambahan kepada pembaca dan penyelidik yang meminati topik pembangunan di kawasan pedalaman.
Data sheet
- Height
- 23 cm
- Width
- 15 cm
- Depth
- 1.0 cm
- Weight
- 0.35 kg
- Year
- 2020
Specific References
13 other products in the category
Analisis Data Kuantitatif...
Penulis: Muhamad Suhaimi bin Taat
ISBN:978-967-2738-45-9
Tahun Terbit:...