Kolonialisasi dan Kristianisasi Melayu di Sarawak 1850 - 1950
zoom_in
  • -20%
  • Kolonialisasi dan Kristianisasi Melayu di Sarawak 1850 - 1950

Kolonialisasi dan Kristianisasi Melayu di Sarawak 1850 - 1950

RM40.00
RM50.00
Tax included

Author:  Nordie Achie
Year Published: 2013
ISBN: 978-967-5224-74-4

 Dalam mandala pensejarahan Sarawak, penggarapan dua tema kolaboratif iaitu kolonialisme Barat dan Kristianisasi Melayu – bukan sahaja menarik perhatian sejarawan, malah menerusi buku inilah, justeru penulis mengangkat tema ini buat julung kalinya.

Quantity

Dalam mandala pensejarahan Sarawak, penggarapan dua tema kolaboratif iaitu kolonialisme Barat dan Kristianisasi Melayu – bukan sahaja menarik perhatian sejarawan, malah menerusi buku inilah, justeru penulis mengangkat tema ini buat julung kalinya.

Pemilihan tajuk buku ini dengan sendirinya memaparkan perkaitan halus namun jelas antara motif kolonialisme Barat-Kristian dengan prakarsa pengkristianan Melayu di Sarawak, khasnya dalam tahun-tahun awal era “pem-Brooke-an” Sarawak.

Dalam konteks ini, pendedahan faktual mengenainya sangat penting diserantakan dan dikongsi bersama, di samping mencungkil mesej dan menoreh iktibar kesejarahan, setelah tertimbus di bawah timbunan debu-debu sejarah ratusan tahun lamanya! Perlu dinyatakan, tema tuas yang memayungi analisis ilmiah buku ini ialah kolonialisme, sementara kupasan mengenai Kristianisasi Melayu di Sarawak, disisipkan sebagai tema susulan.

Struktur penghujahan sedemikian digarap untuk membuktikan tesis bahawa terdapat percubaan serius untuk mengkristiankan puterabumi Melayu di Sarawak, dan motif tersembunyi ini terselip di sebalik kegiatan kolonialisme James Brooke. Bagaimanakah kolaborator regim Brooke melakukannya, namun siapakah penghalangnya dan mengapakah agenda pengkristianan Melayu di Sarawak gagal dilaksanakan?

Selain memperjelas persoalan ini, penulis turut mencerakin reaksi kritis dan patriotik intelektual Melayu tempatan terhadap ancaman kolonialisme regim Brooke dan imperialis British. Meskipun penampilannya kerdil, namun keberadaan buku ini mampu memberikan analisis ilmiah yang meyakinkan buat pencinta sejarah.

 

UP00031
10 Items

Data sheet

Height
23 cm
Width
15 cm
Depth
1.2 cm
Weight
0.35 kg
Year
2013

Specific References

New

Download

16 other products in the category