- -20%
Kelestarian Alam Sekitar
Pembangunan dan kepentingan alam sekitar sering berkontras, yang akhirnya akan merugikan salah...
- -20%
Author: Ismail Ibrahim, Humin Jusilin, Zaimie Sahibil, Mohd. Pu'ad Bebit
Year Published: 2018
ISBN: 978-967-0521-77-0
Catatan Perjalanan Siri 1: Jejak Warisan Borneo adalah sebuah buku yang bersandarkan catatan pengalaman sebenar penulis tentang eksplorasi mereka ke beberapa tempat di Borneo. Membaca buku ini ibarat membaca sebuah novel yang penuh dengan peristiwa sebenar.
Buku ini dimulai dengan bab menjejaki budaya suku Iranun. Penelusuran ini membawa penulis ke Mindanao, di selatan Filipina iaitu persekitaran Tasik Lanao di Merawi. Kawasan yang sedang mengalami konflik antara tentera Moro dan askar Kerajaan Filipina dapat dirasakan oleh penulis. Betapa, nilai penghasilan sebuah penulisan begitu berharga apabila membahayakan nyawa sendiri.
Bab berikutnya, penulis melangkaui tanah besar, menyeberang lautan untuk ke destinasi Pulau Mandi Darah yang dihuni oleh suku Bajau Ubian. Di sini penulis merasakan sendiri amalan penghidupan dan adat resam yang unik oleh penghuninya. Pada bab-bab seterusnya penulis berkongsi pengalaman tentang perjalanan yang mencabar merentasi bukit-bukau hasil pembentukan Banjaran Crocker yang menjadi tulang belakang kepada Gunung Kinabalu.
Pertemuan dengan masyarakat penghuni di tanah tinggi yang dikenali sebagai Murut telah membuahkan beberapa penerokaan tentang amalan adat dan kehidupan yang berpaksikan kepada persekitaran mereka. Di sini penulis berjaya melihat sendiri amalan pembentukan institusi keluarga dan penggunaan sumber alam sebagai bahan untuk mencipta warna. Sekelumit catatan pengalaman ini akan memberi ruang terhadap penerokaan baharu pelbagai suku kaum yang mendiami Borneo dalam catatan perjalanan siri ke-2.
Pembangunan dan kepentingan alam sekitar sering berkontras, yang akhirnya akan merugikan salah...
Buku ini adalah dokumentasi antuka atau teka-teki etnik Iranun, mencirikan puisi etnik yang...
Buku ini membincangkan asas pengetahuan berkenaan bidang kaunseling kepada pelajar yang baharu...
This book is a compilation of research findings that explicitly discussed the hospitality...
Buku ini mengulas setiap isu dan masalah belia dan bagaimana setiap masalah ini boleh membawa...