- -20%
Warisan Motif dan Corak Murut (Edisi ke-2)
Author: Ismail Ibrahim
Year Published: 2012
ISBN: 978-967-5224-96-6
Adat, budaya dan amalan yang dipraktikkan oleh kaum Murut pada satu ketika dahulu merupakan satu aset warisan yang tinggi nilainya. Oleh itu, penulis beranggapan ia perlu dicatat dan direkodkan agar generasi baharu dapat mengenali dan memahami warisan kesenian budaya nenek moyang mereka.
Adat, budaya dan amalan yang dipraktikkan oleh kaum Murut pada satu ketika dahulu merupakan satu aset warisan yang tinggi nilainya. Oleh itu, penulis beranggapan ia perlu dicatat dan direkodkan agar generasi baharu dapat mengenali dan memahami warisan kesenian budaya nenek moyang mereka. Jika tiada usaha untuk mengetengahkan khazanah ini, maka tiada lagi catatan mahupun bukti konkrit tentang warisan ini yang dapat dibanggakan.
Paparan motif-motif Murut sangat berkait rapat dengan corak kehidupan mereka. Kehidupan yang bergantung terhadap sumber alam semula jadi dan petempatan di persekitaran tanah tinggi menjadikan kaum Murut berinovasi dan mahir menghasilkan ciptaan untuk keperluan hidup seharian. Hal ini boleh dilihat pada corak permukaan anyaman, hiasan badan, ukiran, tanda perburuan serta ragam hias pada pakaian, semuanya melambangkan ciri-ciri yang berunsurkan alam semula jadi dan mempunyai nilai falsafah yang sangat tinggi.
Bukan itu sahaja, dalam upacara adat dan budaya, motif-motif ini turut dipaparkan bagi menunjukkan kepentingannya dalam ruang lingkup kehidupan masyarakat ini. Buku ini bukan sekadar merekod dan mendokumentasi motif-motif yang menjadi nafas kehidupan masyarakat ini, malah ia berfungsi sebagai suatu alat indentifikasi dan ikonologi yang menyerlahkan keunikan budaya kaum Murut. Ironinya, motif-motif ini semakin luput dalam ingatan generasi muda dan usaha penulis selama 10 tahun mengumpul dan merekod data tepat pada waktunya.
Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan utama kepada para pelajar dan penyelidik yang berminat untuk menyambung usaha pengkajian tentang masyarakat peribumi di Borneo pada masa depan.
[ Sila rujuk PRELIM untuk maklumat lanjut ]
Data sheet
- Height
- 34 cm
- Width
- 23 cm
- Depth
- 1.7 cm
- Weight
- 1.2 kg
- Year
- 2012