Editors: Ismail Ibrahim, Mat Zin Mat Kib, Sim Chee Cheang
Year Published: 2020
ISBN: 978-967-2166-32-0
Borneo merupakan sebuah pulau yang terdiri dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Namun begitu, pemusatan esei adalah berkisar tentang negeri Sabah, Sarawak dan negara Brunei. Kewujudan pelbagai etnik di Borneo menjadikan pulau ini sebagai tempat yang mewarnai pelbagai isu politik dan sosiobudaya.
Selain itu, iklim politik yang rencam dengan pengutaraan beberapa isu ketuanan dan persempadanan yang dipengaruhi oleh faktor sejarah lampau turut menjadikan blok Borneo tidak sunyi daripada fokus masyarakat negara luar. Isu-isu lain seperti kekuasaan, ketuanan tanah, isu adat dan isu Bahasa turut mewarnai Kepulauan Borneo, justeru sumbangsih esei dalam buku ini berkisar daripada apa yang dinyatakan.
Buku ini memperkenalkan satu bentuk pendekatan baharu untuk memahami, menganalisis dan...
Isu Pengurusan sisa pepejal diangkat dalam buku ini kerana banyak negara termasuk Malaysia...
Buku in membincangkan konsep sikap dan perubahan sikap dari aspek pendekatan Psikologi...
Buku ini adalah merupakan hasil penyelidikan dalam tempoh pandemik dalam pelbagai disiplin...