Kebahagiaan Dari Perspektif...
Memiliki dan merasai kebahagiaan adalah hak milik setiap insan. Bahagia tidak terhad kepada...
Author: Rasid Mail, Raman Nordin
Year Published: 2016
ISBN: 978-967-0521-00-8
Penyelidikan ilmiah di peringkat sarjana merupakan penerokaan yang menarik walaupun dikatakan sebagai sebuah perjalanan yang sunyi, terasing dan bersendirian. Cabaran dan kepuasan yang dijanjikan memerlukan persediaan dan perancangan yang rapi oleh si calon penyelidik dalam pelbagai aspek.

Penyelidikan yang baik menjanjikan sumbangan dan penemuan yang berharga kepada penyelidik, komuniti dan disiplin ilmu. Justeru, aspek teori, metodologi, aplikasi dan praktik, saintifik dan realiti, serta kesahan dan kebolehpercayaan yang menjamin untuk kualiti penyelidikan perlu ditangani sebaiknya. Aspek ideologi dan teknologi penyelidikan pula perlu dilengkapi dengan metodologi yang bersesuaian.
Buku ini menawarkan pendekatan kualitatif sebagai alternatif untuk menghasilkan kajian ilmiah peringkat sarjana yang baik, sebagai teknologi untuk memenuhi tuntutan ideologi penyelidikan bagi memenuhi tuntutan kesarjanaan. Huraian yang berfokuskan ideologi dan teknologi penyelidikan kualitatif menawarkan penjelasan isu-isu perbezaan pendekatan kualitatif berbanding pendekatan kuantitatif, perbezaan dan kelebihan kedua-duanya, sudut pandang dan perspektif yang unik, perbezaan konsepsi tentang konotasi saintifik, kebenaran, kebolehpercayaan dan gambaran keseluruhan mengenai suatu realiti yang menjadi asas kepada kajian ilmiah.
[ Sila rujuk PRELIM untuk maklumat lanjut ]
Memiliki dan merasai kebahagiaan adalah hak milik setiap insan. Bahagia tidak terhad kepada...
Kemahiran literasi merujuk kepada kemahiran membaca dan mnulis yang perlu dikuasai oleh...
Buku ini membincangkan asas pengetahuan berkenaan bidang kaunseling kepada pelajar yang baharu...