

Author: Soon Singh A/L Bikar Singh, Balan Rathakrishnan
Year Published: 2020
ISBN: 978-967-2166-67-2
Psikologi Pendidikan adalah salah satu cabang ilmu psikologi yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku manusia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara aspek utama yang menjadi kajian bidang Psikologi Pendidikan ialah teori perkembangan, teori pembelajaran proses pembelajaran, gaya pembelajaran, perbezaan individu dan tingkah laku bermasalah. Ilmu Psikologi pendidikan ini amat penting untuk membantu guru merancang aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang efektif mengikut kebolehan dan keperluan murid di sekolah.
Di samping itu, ilmu Psikologi Pendidikan turut membantu warga pendidik memahami tingkah laku murid dalam kelas dan mengawal disiplin murid. Oleh itu, karya ini dapat membantu bakal guru untuk memahami bidang Psikologi Pendidikan. Karya ini juga dapat digunakan sebagai sumber rujukan penting oleh warga pendidik di sekolah untuk merancang pelbagai aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang efektif dan menarik minat murid untuk belajar.
Buku ini membincangkan asas pengetahuan berkenaan bidang kaunseling kepada pelajar yang baharu...
Buku ini adalah gabungan pendekatan penulisan ringan dan penulisan ilmiah merentasi...
This book cover various socioeconomic development issues from an Asian perspective.
This book is a collection of articles on various topics in the study of geographic information...