Komunikasi Antara Budaya Yang Efektif: Cabaran, Akulturasi dan Adaptasi Budaya Pelajar Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah
zoom_in
  • -20%
  • Komunikasi Antara Budaya Yang Efektif: Cabaran, Akulturasi dan Adaptasi Budaya Pelajar Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah

Komunikasi Antara Budaya Yang Efektif: Cabaran, Akulturasi dan Adaptasi Budaya Pelajar Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah

RM32.00
RM40.00
Tax included

Author: Halina Sendera Mohd Yakin & Andreas Totu

Year Published: 2019

ISBN: 978-967-2166-53-5

 

Quantity

 Migrasi telah berlaku berabad lamanya dan hubungan antara budaya adalah suatu fenomena yang berlaku secara global dan meningkat saban tahun di kebanyakan negara. Berhijrah dan mendiami suatu persekitaran budaya yang baharu boleh menjadi pengalaman yang menggembirakan dan pada masa yang sama mampu mencabar kesabaran dan keteguhan emosi, minda serta fizikal para penghijrah. Lazimnya, para penghijrah akan mengalami suatu tahap kejutan budaya ataupun tekanan akulturasi pada permulaan fasa migrasi, terutamanya dalam kalangan individu yang mengamalkan strategi pemisahan dan marginalisasi dalam akulturasi mereka. Kontrasnya, penemuan mendapati sesuatu yang agak berbeza.

Walaupun terdapat dalam kalangan pelajar yang mengalami tekanan akulturasi atau kejutan budaya (bersifat minor) tetapi dalam kebanyakan masa, rata-ratanya mampu menangani kehidupan bermigrasi mereka sebagai penghijrah dengan cara yang agak selesa. Buku ini menyumbang kepada pemahaman berhubung masalah yang dihadapi oleh pelajar penghijrah dan juga faktor-faktor yang menjayakan adaptasi budaya mereka. Di samping itu, buku ini turut menyediakan implikasi positif serta saranan konstruktif dan praktikal dalam membina hubungan antara budaya yang kondusif serta efektif antara masyarakat penghijrah dan masyarakat penerima (tuan rumah). Penyelidikan seumpamanya masih relevan sebagai usaha menyahut inisiatif kerajaan untuk memperkasakan prosedur pengambilan pelajar antarabangsa yang menjadi salah satu penyumbang terhadap ekonomi negara. Apa yang pasti, senario penghijrahan, pertembungan dan hubungan antara budaya akan terus mewarnai corak perkembangan, demografi, populasi serta citra sesebuah negara dan pada masa yang sama, memberi impak signifikan dalam pelbagai landskap kehidupan masyarakat dunia terutamanya di ambang pascamoden dalam era Revolusi Industri 4.0.

UP00185
30 Items

Data sheet

Height
23 cm
Width
15 cm
Depth
0.5 cm
Weight
0.18 kg
Year
2019

Specific References

New

Download

PDF 1.1 MB

Download (0)

16 other products in the category

Fiqah Interaksi...

Buku ini memberi panduan berkaitan permasalahan fiqah harian yang melibatkan interaksi...

RM95.00 RM76.00
search
  • -20%