Author: Andreas Totu, Halina Sendera Mohd. Yakin
Year Published: 2016
ISBN: 978-967-0521-69-5
Buku ini membincangkan hubungan antara pengiklanan dan corak pemilihan makanan dalam kalangan kanak-kanak di Sabah. Perbincangan didasarkan kepada dua hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh penulis sejak tahun 2011. Kedua-kedua kajian tersebut memfokuskan perbincangan terhadap pengiklanan dengan masalah terlebih berat badan dan obesiti, suatu masalah kesihatan yang sangat membimbangkan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, golongan yang terlibat dengan kesihatan dan kerajaan.
Walaupun sudah banyak penulisan yang diterbitkan untuk mengupas perhubungan antara pengiklanan dan kanak-kanak, penulisan dan kajian tentang isu ini dalam kalangan kanak-kanak di Sabah masih kurang. Oleh hal yang demikian, buku ini diharapkan dapat mengisi kekurangan dan kelompongan maklumat dalam konteks kajian kanak-kanak dan kehidupan mereka dalam zaman moden yang serba mencabar ini.
Buku ini boleh dijadikan sebagai salah satu sumber maklumat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang kehidupan kanak-kanak di Sabah, khususnya yang berkaitan dengan corak pemilihan makanan dan kesihatan.
This book delves into the current and emerging trends in the field of marine fish nutrition...
Pembangunan dan kepentingan alam sekitar sering berkontras, yang akhirnya akan merugikan salah...
Buku ini menyingkap pelbagai kelebihan dan keistimewaan novel-novel penulis di negeri...
Buku ini mengupas isu dan panduan bagi menghadapi pasca COVID-19.