

Editor: Eko Prayitno Joko, Ramli Dollah & Amrullah Maraining
Year Published: 2019
ISBN: 978-967-2166-24-5
Isu-isu Perburuhan dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Sabah, Malaysia merupakan salah satu karya berkenaan buruh Indonesia yang buat julung kalinya diterbitkan dalam penulisan sejarah Sabah. Para penyumbang buku ini menulis berdasarkan kepakaran mereka yang secara langsung atau tidak langsung menggambarkan keberadaan semasa mahupun masa lalu berkenaan buruh Indonesia di Sabah.
Segala aspek yang dibincangkan dalam setiap persoalan tersebut menjurus kepada perkara mendasar yang sangat dekat dengan perbahasan semasa. Buku ini membincangkan bagaimana ‘kehendak’ negara dan pemain ekonomi berkontradiksi dengan ‘penerimaan’ angota masyarakat terhadap kehadiran TKI di Sabah.
Perbahasan tersebut dijadikan sebagai ‘payung’ perbincangan yang mengikat isu-isu semasa yang dimunculkan kemudiannya, termasuklah persoalan upah gaji minimum, buruh kanak-kanak dan juga isu dokumen. Persoalan-persoalan menarik terbabit sebahagian besarnya tidak pernah dibincangkan secara terperinci oleh para sarjana, tetapi termuat dalam penulisan ini.
Buku ini menyingkap pelbagai kelebihan dan keistimewaan novel-novel penulis di negeri...
This book is a compilation of research findings that explicitly discussed the hospitality...
Buku ini menjelaskan isu berhubung konsep "pemberian" atau "sedekah" dalam konteks al-fiqh...