Buku Kerja SPSS: Prinsip dan Analisis Data Dalam Sains Tingkah Laku
zoom_in
  • -20%
  • Out-of-Stock
  • Buku Kerja SPSS: Prinsip dan Analisis Data Dalam Sains Tingkah Laku

Buku Kerja SPSS: Prinsip dan Analisis Data Dalam Sains Tingkah Laku

RM36.00
RM45.00
Tax included

Author: Chua Bee Seok, Ferlis Bullare@Hj. Bahari, Jasmine Adela Mutang
Year Published: 2017
ISBN: 978-967-0521-87-9

 

 


 

 

Quantity
block Out-of-Stock

Buku kerja ini diterbitkan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran kepada buku SPSS Prinsip dan Analisis Data dalam Sains Tingkah Laku yang pernah diterbitkan oleh para penulis sebelum ini. Ia bertujuan bagi membolehkan kuliah bagi kursus Analisis Data menjadi lebih interaktif lantaran persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar. 

Buku kerja ini membolehkan pelajar mempraktik penggunaan Program SPSS IBM Statistics bagi menganalisis dan menjawab soalan-soalan analisis data yang terdapat dalam buku ini. Buku kerja ini juga membolehkan pelajar membuat tafsiran hasil analisis dan seterusnya melaporkan keputusan analisis mengikut format penulisan yang diminta, iaitu format American Psychological Association (APA). Kandungan buku ini disusun mengikut susunan tajuk dalam buku SPSS Prinsip dan Analisis Data dalam Sains Tingkah Laku bagi memudahkan para pelajar dan tenaga pengajar membuat rujukan. 

Dalam dua bab permulaan, dikemukakan soalan dan aktiviti yang berkaitan dengan ciri dan teknik yang terdapat dalam Program SPSS IBM Statistics seperti soalan dan aktiviti tentang penyediaan dan memasukkan data, membuat penyaringan data dan melabelkan data, seterusnya menghasilkan output bagi data yang dianalisis. Dalam bab yang seterusnya, pelajar diminta untuk menjawab soalan, menganalisis data yang disediakan, menghasilkan output analisis dan seterusnya mentafsir dan melaporkan hasil analisis bagi setiap jenis analisis statistik yang dikemukakan. Jenis analisis statistik yang terkandung dalam buku kerja ini disusun daripada teknik analisis deskriptif, inferensi korelasi kepada multivariat. 

UP00149

Data sheet

Height
30 cm
Width
21 cm
Depth
0.5 cm
Weight
0.25 kg
Year
2017

Specific References

New

Download

spss PDF File 1.5mb

Download (0)

16 other products in the category

Belia Berisiko

Buku ini mengulas setiap isu dan masalah belia dan bagaimana setiap masalah ini boleh membawa...

RM45.00 RM36.00
search
  • -20%