Kehidupan Beragama Masyarakat Kadazandusun Sabah, cetakan ke-3
zoom_in
  • -20%
  • Kehidupan Beragama Masyarakat Kadazandusun Sabah, cetakan ke-3

Kehidupan Beragama Masyarakat Kadazandusun Sabah, cetakan ke-3

RM44.00
RM55.00
Tax included

Author:  Suraya Sintang
Year Published: 2019
ISBN: 978-983-2369-53-3

 

Quantity

Kedatangan dan penerimaan Islam serta Kristian di daerah Ranau telah melahirkan pelbagai corak kehidupan terhadap masyarakat Kadazandusun hasil pertembungan unsur-unsur budaya dan kepercayaan tradisional menerusi ajaran kedua-dua agama tersebut.

Melalui kebolehan dan kesungguhan pendakwah Islam dan mubaligh Kristian, masyarakat Ranau telah menuju ke satu era yang sangat berbeza dengan era sebelumnya. Masyarakat Kadazandusun tidak lagi dikenali sebagai masyarakat pagan tetapi telah menjadi satu kelompok masyarakat yang berbilang agama. Inilah keunikan masyarakat Kadazandusun yang amat ketara berbanding dengan masyarakat peribumi Sabah yang lain.

Senario kehidupan beragama dalam masyarakat Kadazandusun di Ranau merupakan satu lagi penulisan ilmiah yang cuba membahaskan kajian tentang etnik ini dari sudut keagamaan. Kehidupan beragama yang dipaparkan dilihat dari pelbagai sudut mencakupi aspek kewujudan masyarakat, pertumbuhan institusi keagamaan, peningkatan jumlah penganut, penghayatan agama dan persoalan sinkretisme agama dengan adat.

Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan bagi mengenali lebih lanjut tentang aspek keagamaan dan kepelbagaian cara hidup masyarakat peribumi Sabah yang pelbagai sifatnya. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kefahaman tentang variasi etnik dan agama di Sabah merupakan satu keperluan agar kita mudah beradaptasi dan diterima oleh masyarakat setempat.

UP00030
20 Items

Data sheet

Height
23 cm
Width
15 cm
Depth
1.2 cm
Weight
0.4 kg
Year
2019

Specific References

New

16 other products in the category

Entelah Leka Main...

Entelah atau teka-teki dalam masyarakat Iban dikategorikan sebagai leka main, atau puisi....

RM35.00 RM28.00
search
  • -20%

Geliga Etnik di Sabah

Memandangkan terlalu banyak aspek kegeligaan dan kearifan tempatan yang disembunyikan dalam...

RM55.00 RM44.00
search
  • -20%